Sekarang orang cerita tentang kisah cuti-cuti sempena cuti sekolah nie tapi sebab tak ke mana, hrmmmm... jadi nak cerita tentang cerita sebelum cuti sekolah je la. Cerita nie terjadi pada 18 Mei 2012 yang lepas, hehehe baru berkesempatan nak masuk dalam blog. Bukan ada cerita apa pun sebenarnya. Tak pe la letak je la. Lagi pun nie untuk coretan sendiri je.
Haaa... nampak tak tulisan kat gambar atas tue, Stesen Bas dan Teksi Seri Manjung. Setelah lama tak naik bas untuk ke KL jadi kali nie naik bas pulak. Tambang bas dah RM24.00 sekarang, wah dah naik banyak jugak ye. Teringat masa baru-baru kerja dan bila nak ke KL tambang masa tue hanya RM16.00 kemudian naik, naik sekarang dah RM24.00.
Masa tue masih lagi warden, jadi sama-sama berebut dengan budak-budak asrama naik bas sama ada untuk balik Taiping atau ke KL hahaha... Those were the days. Jadi bila dah lama tak naik bas, ada la dalam 3 ke 4 tahun rasa teruja jugak. Seronok naik bas nie sebab boleh tidur dan relax je kan. Kalau drive penat dah la duit minyak dan tol lagi. Suasana dalam bas, sib baik masa tue bas tak penuh jadi best la.
Bila sampai Puduraya yang dah pun dijenamakan semula jadi Pudu Sentral, wah nampak kemas dan lebih teratur. Nie first time sampai Puduraya selepas siap diupgrade. Dari platform naik ke atas dah bertutup dan berpintu untuk elak asap bas naik ke atas la tue, sebab dah fully aircond kan. Canggih, canggih...
Dulu rasa macam sempit je, sebab kat sini la ada gerai-gerai dan kaunter bas Transnasional pun ada kat sini. Penuh nostalgia betul di Puduraya nie. Masa belajar di ITM dan MPPM boleh dikatakan nie la tempat yang sering dikunjungi kira wajib dilawati setiap kali nak balik ke atau dari kampung. Masa kat MPPM boleh dikatakan dua minggu sekali ke sini dari Melaka untuk balik rumah kakak di Cheras. Macam-macam nostalgia ada, biarlah rahsia hahaha.... .
Tengok sekarang jadual perjalanan bas pun dah ada. Ikut kata adik kalau ke TBS di Bandar Tasik Selatan lagi canggih. Nanti la bila-bila naik bas dari sana pulak.
Nie dia Puduraya dari luar nampak kelainan dari dulu. Lain kali naik bas lagi la bila-bila ke KL.
No comments:
Post a Comment