Hari nie dah 5 Januari kan... berapa hari tak update blog. Agak sibuk sikit kebelakangan ini sebab dah mula menoreh (istilah yang Gie gunakan) setiap hari Khamis, Jumaat dan satu lagi belum bermula pada hari Selasa. Sebab baru nak bermula dan pokok yang ditoreh pun baru jadi kena la usaha dilakukan lebih sikit dengan segala persediaan agak hasil torehan akan mengeluarkan susu yang banyak. Ehhh faham ke tak nie?? Hehehe... nanti la buat satu entry tentang kerja baru sebagai penoreh nie.
Ok entry kali nie nak cerita tentang peristiwa yang berlaku pada 3 Januari baru-baru nie. Satu tarikh yang memang sangat bermakna pada saya la... Apa tue... hmmm hari lahir la... Selalunya bila tiba tarikh nie tak de la nak celebrate ke apa, tengok je la tv dan komputer. Tapi tahun nie MK dan isterinya Nancy ajak untuk dinner bersama malam tue. Ingat dinner je so ok la sebab memang selalu jugak dinner dengan MK dan family dia. Kebetulan anak MK bersekolah di sekolah saya. Ok gambar atas nie masa baru sampai Nancy siap tunggu depan restauran dan terus bagi hadiah. Wah masa tue je dah rasa happy sangat dan MK siap dengan kamera masa masuk ke dalam restoran tue.
Ok nie la MK Saravanan, kawan sekolah dahulu dari tingkatan 1 hingga 3 kami berada dalam kelas yang sama dan sampai hari ini masih lagi berhubungan semua tue atas jasa Fb la. MK pun rajin mencari rakan-rakan sekolah dan antara yang rajin involve dalam reunion kawan-kawan Sekolah All Saints dahulu.
Bila habis makan MK minta supaya meja dikemaskan, mula-mula ingat nak balik dah rupanya dia minta staf restoran tue keluarkan kek.... Wahhhh... sangat terharu dan happy okay. Tak pernah lagi ada orang yang surprise kan saya sampai macam nie. Nie la kek yang disediakan oleh MK sekeluarga. Nampak tak banyaknya lilin... bermakna banyak la umurnya hahaha.... Berapa tue???
Sebelum nyanyi, tiup lilin dan potong kek ambil gambar dulu dengan kek. Gambar di atas nie Nancy dan dua jejaka tue adalah anak MK dan Nancy, Vasan sebelah kiri dan Vimal sebelah kanan. Vimal pun dah memohon untuk memasuki KVSM tahun ini dan berharap semoga dia mendapat tempat.
Nasib baik malam tue tak ramai pelanggan di restoran tersebut kalo tak sure kecoh jugak la kan sebab siap nyanyi, 'Happy birthday to you' lagi, tue pun dah siap kata kat MK jangan nyanyi kuat-kuat heheheh.... segan la jugak... Apa pun sangat gembira dan terharu dengan ingatan MK sekeluarga. Nancy siap kata kalau tak sure saya tengok tv dan main Fb je la... hahaha... betul la tue. Selalu tak de nya celebrate tambah dengan umur yang semakin meningkat nie. Nasib baik ada Fb jadi ada lah jugak yang beri ucapan dan doa di hari lahir, kalau tak hmmm... sure tak ada yang wish huhuhu.... Harapan semoga kedatangan 2013 dan hari lahir tahun nie membawa kejayaan kepada kerjaya dan jugak kehidupan selain diberikan kesihatan yang baik dan ditingkatkan keimanan selain berbahagia yang berpanjangan. Aamiin....
No comments:
Post a Comment