Monday, January 07, 2013

Al Fatihah Untuk Arwah Abah


Salam semua... 
Catatan di bawah nie saya copy paste dari blog lama saya yang dah tak aktif lagi.  Catatan tentang arwah Abah yang genap 3 tahun pemergiaannya ke rahmatullah esok 8 Januari 2013.  Abah meninggal di Kangar, Perlis pada 8 Januari 2010 dan jadi la kami adik beradik anak yatim piatu (dah umur macam nie pun nak jugak sebut yatim piatu).  Catatan di bawah nie saya tulis pada 8 Februari 2010 sebulan selepas Abah meninggal.

Salam semua...
Cepat betul masa berlalu... rasanya seperti baru semalam menerima panggilan dari Abang Nan memberitahu abah kurang sihat. Masa tue lebih kurang pukul 11.30 malam. Terus telefon adik-beradik yang lain untuk beritahu tentang keadaan abah.Hari ini 8 Februari cukup sebulan abah pergi meninggal kami anak-anaknya. Abah pergi dalam usia 81 tahun pada tarikh 8 Januari 2010, 10 hari sebelum tarikh emak pergi meninggalkan kami 6 tahun yang lalu pada 18 Januari 2004.
Kali ni cuma nak letak gambar-gambar keluarga lama yang ada dalam simpanan. Bila ada masa terluang yang sedikit ini, cuba untuk scan balik gambar-gambar lama. Banyak jugak dalam simpanan, jadi untuk pertama kali nie hanya beberapa keping gambar dahulu yang discan. Gambar mula-mula tue adalah gambar emak dan abah masa tinggal di Cameron Highland dan yang kedua selepas pindah ke Taiping (Gambar nie rosak sikit). Masa nie saya telah pun dilahirkan.
Gambar di atas pula masa abah menghadiri satu majlis kenduri. Masa muda-muda adalah gambar abah berbaju melayu dan bersamping. Bila dah semakin meningkat usia, abah banyak berbaju melayu dan berkain pelikat saja terutama ke masjid.
Abah begitu rajin melayan karenah anak-anaknya semasa kecil, sebab tue la sebelum pergi kerja abah akan pusing dulu kawasan kuarters tentera tempat tinggal kami untuk bawa anak-anaknya berjalan-jalan sebelum ke tempat kerja. Dalam gambar di atas abah dengan Abang Nan di belakang dan Mee menunggang motor Vespa AD7995.
Gambar nie pula gambar abah semasa di Kinabalu National Park pada 26 April 1971 (maklumat nie ada tertera di belakang gambar). Abah pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak tapi emak dan anak-anak tinggal di Perak sebab anak-anak yang ramai dan masih bersekolah.

Abah memang suka bergambar sebab tue la gambar abah ada banyak dalam simpanan. Masih saya ingat lagi, saya memang suka untuk mengumpul dan meletakkan gambar-gambar ini dalam album, siap beli album gambar untuk simpan gambar-gambar keluarga. Mungkin sebab minat dengan sejarah dan sekarang mengajar sejarah kot... jadi memang minat sangat untuk simpan gambar-gambar sebagai kenangan...

Al-Fatihah untuk Abah dan Emak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??