Saturday, January 19, 2013

Emak - Sudah 9 Tahun Berlalu...

Salam semua...
Semalam 18 Januari 2013 genaplah 9 tahun pemergian emak ke rahmatullah.  Memang nak buat satu entry tapi sebab di awal tahun nie agak sibuk dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera sebab tue entry pun ada tak de je di awal tahun nie.  Nak tulis panjang-panjang pun rasanya tak sempat.  Mana nak siap fail untuk pemantauan, fail untuk Rancangan Mengajar sendiri lagi, belum lagi dasar dan perancangan unit selain dari mesyuarat-mesyuarat di awal tahun.  Hahaha... cerita mesti la beriya-iya kan...  Tapi betul la...

Ok macam entry pada tarikh pemergian Abah saya ambil je dari blog lama saya, kali nie pun sama saya ambil dari entry blog lama saya yang dah tak aktif lagi iaitu www.catatansss.blogspot.com bertarikh 18 Januari 2009.  Blog lama saya letak tajuk Catatan Siti Sana Sini, yang baru nie saya namakan Coretan Siti.  Nak letak nama pun jenuh nak fikir...  Didoakan moga Emak dan Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan diampunkan dosa-dosa mereka. Al Fatihah...

Emak

Gambar ini diambil di sekitar bulan Mac tahun 2003. Dan bila tengok dalam laptop gambar digital emak dan abah ada yang ini sahaja.
Hari ini 18 Januari 2009, genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami. Sekejap je dah 5 tahun rupanya. Masih lagi terngiang-ngiang suara emak di telinga ini. Apa tah lagi ketika di hari terakhir bersama emak di hospital. Masih lagi teringat panggilan talipon dari adik mengatakan emak jatuh di bilik air. Ketika itu saya dan rakan-rakan di Bidor dalam perjalanan balik ke Manjung dari Tanjung Malim. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya sepanjang perjalanan balik ke Taiping ketika itu. Terus ke Hospital Taiping dan malam itu saya sempat menjaga emak di hospital. Esok pagi balik ke rumah untuk mandi dan masak, dan ketika itulah dapat panggilan dari hospital mengatakan emak dalam keadaan nazak.
Tergesa-gesa kami iaitu abah, adik dan saya ke hospital untuk melihat emak dan ketika sampai di sana emak dipindahkan ke wad ICU. Terus adik-beradik yang lain dihubungi. Seperti tidak percaya pagi itu adalah kali terakhir saya dapat berbual-bual dengan emak walaupun saya yang banyak berkata-kata, dan masih teringat lagi renungan mata emak ketika saya minta izin untuk balik dan berjanji akan datang tengahari itu. Malam itu lebih kurang pukul 8.00 malam emak pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya kerana sebelum itu pun emak pernah sakit dan masuk hospital.
Kami anak-anakmu akan sentiasa merinduimu. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??