Di pagi 3 Januari tue diadakan Taklimat Pengoperasian KVSM 2013 di Bilik Persidangan, kira macam Mesyuarat Guru di awal tahun. Rutin yang sama di awal atau akhir tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum nie. Ini semua sebagai persediaan sebelum memulakan sesi persekolahan atau kolej bagi tahun 2013. Untuk sesi pertama adalah taklimat dari Pengarah KVSM sendiri, macam-macam amanat dan harapan disampaikan di samping peratuuran baru dan penambahbaikan yang dilakukan untuk tahun 2013. Di samping itu setiap cikgu (atau nak sebut pensyarah nie??? hmmm...) dibekalkan jugak satu fail untuk RPH bagi 2013 seperti gambar bawah nie. Tebalnya fail tahun nie...
Selepas rehat untuk kudapan taklimat diteruskan lagi dan yang dinanti-nantikan oleh semua pensyarah diedarkan buku Perancangan dan Pengoperasian KVSM 2013. Masing-masing tak sabar untuk melihat tanggungjawab dan tugasan untuk tahun ini. Nampaknya masih lagi dengan tugasan dan tanggungjawab yang sama seperti tahun lepas, tapi setelah lama tidak terlibat dengan unit beruniform, tahun nie jadi salah seorang penasihat untuk KRS.... nampaknya jadi la penasihat yang tak tahu apa-apa... banyak kena belajar nie.
Taklimat diteruskan dengan TPA dan TPSA menyampaikan pula amanat masing-masing. Hmmm... dah nampak apa kerja urgent yang perlu dilakukan segera dah ada dua tiga perkara nie. Semoga permulaan sesi pengajian tahun 2013 akan membawa kejayaan kepada kerjaya dan kehidupan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment