Alhamdulillah gambar-gambar masa bercuti yang bermasalah hari tue dah dapat diselesaikan dan gambar-gambar tersebut dah pun dapat dilihat semula. Jadi sekarang mula upload gambar-gambar di FB. Dekat blog nie mungkin bole la citer sikit-sikit. Ok.. gambar bawah nie adalah pulau Bali bila dilihat di luar tingkap. Gambar tak la cantik sangat sebab kameranya biasa je (bila la boleh beli kamera DSLR... hrmmm..) Kalau tak salah belah kiri tue pulau Jawa dan kanan tue pulau Bali. Untuk ke Pulau Jawa dari Bali ada disediakan perkhidmatan feri yang bole dinaiki di Gilimanuk hingga ke Banyuwangi, Ketapang di Jawa Timur. Feri nie berjalan setiap 20 minit. Perjalanan memakan masa setengah jam sahaja. Tak jauh rupanya antara Jawa dan Bali. Perkhidmatan bas pun ada disediakan dari Denpasar ke Jakarta menurut Pak Wayan, supir kami semasa di Bali.
Kami mendarat di Bandara Ngurah Rai, Denpasar. Bandara nie singkatan dari bandar udara atau airport. Airportnya pun terletak tepi laut, cuba tengok gambar di bawah nie.. Nie masa nak landing... bole on ke kamera?? Hehehe tak kira ambik je la lagi pun masa nie pramugara dan pramugari tak de.
Percutian kali nie kami pergi berlima iaitu adik sebagai ketua rombongan disertai dengan dua kakak, seorang anak sedara dan saya sendiri. Kerana berlima jadi ke mana-mana kami menyewa Suzuki Arena bersama dengan supir. Antara tempat yang kunjungi pada hari kedua adalah Kintamani di mana kami makan tengahari di sini sambil menikmati pemandangan gunung dan tasik Batur.
Hari ketiga pulak kami ke Tanah Lot yang terletak di Tabanan lebih kurang 20 km dari Denpasar. Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu. PuraTanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali. Info nie dapat dari Wikipedia. Gambar bawah nie adalah Pura Batu Balong, salah satu kuil yang terdapat di Tanah Lot. Pura Tanah Lot masa pergi tue ramai sangat orang jadi tak dapat ambik gambar yang menarik. Kami sampai di sini pagi dalam pukul 9.30 pagi jadi air tengah pasang, dapat la lihat ombak menghempas batu-batu dan tebing tinggi.

Dari Tanah Lot kami ke tanah tinggi Bedugul di daerah Tabanan di mana terdapatnya Pura Ulun Danu Bratan yang terletak di tasik Bratan. Tempat nie terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 1500 meter di atas paras laut, bila berada di sini udara sejuk dan sangat selesa. Semasa sampai di sini, mereka sedang menyambut perayaan meraikan pura tersebut. Pura ini dikatakan dibina pada tahun 1634 dan ada yang mengatakan ia dibina lebih awal dari tarikh tersebut.
Ulun Danu ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan suci orang Hindu yang dibangunkan untuk memuja Dewi Danu, “Danu” dari bahasa tempatan Bali bermaksud Danau dalam bahasa Indonesia atau di sini kita sebut tasik. Sedangkan “Bratan” adalah nama tasik yang terletak di tanah tinggi Bedugul ini.
Ok cukup la dulu. Banyak lagi tempat-tempat yang dikunjungi, nanti-nanti la cerita bila ada masa.
No comments:
Post a Comment