Nie kedai yang baru dibuka di Taiping Sentral. Baru la kot sebab dah lama pun tak pegi sana, bila balik Taiping sesekali je pegi ke sana. Bila balik Taiping minggu lepas dan nampak kedai nie terus singgah. Nak kata ais krim bukan tapi Ice Cool Crystal nie macam ketulan ais berperisa yang disagat dengan sangat nipis sebab tue nampak macam berlapis-lapis dan diletakkan buah-buahan ikut perisa yang diorder.
Nie perisa mangga dengan hirisan buah mangga. Sedap...
Perisa strawberi, sedap jugak...
Coklat, tak berapa best la...
Nampak tak lapisan ais. Ais tue halus je rasanya dan yang berperisa buah-buahan memang sedap
Cuba satu air di situ tapi lupa nama apa. Tapi rasanya ada soda dalam air nie.
Kalau nak letak topping pun boleh. Nie antara topping yang boleh diletak bersama dengan ais tadi. Ada charge tambahan ye...
No comments:
Post a Comment