Ok hari nie nak cerita tentang satu tarian yang sempat ditonton semasa di Bali. Semasa di sana sempat menyaksikan Tarian Barong dan Keris di Batubulan, Gianyar dan satu lagi Tarian Kecak dan Api di Uluwatu.
Kali nie nak cerita tentang Tarian Barong dan Keris. Tarian nie menggambarkan pertarungan antara Kebaikan melawan Kejahatan. Barong mewakili makhluk yang menggambarkan Kebaikan dan Rangda pulak mewakili Kebatilan atau kejahatan. Pertunjukan nie menggunakan bahasa Bali dan disediakan sinopsis cerita jadi boleh la faham sikit-sikit jalan ceritanya.
Gambar atas nie la Barong. Barong adalah satu karektor dalam mitos orang-orang Bali dan ia merupakan raja bagi roh-roh dan melambangkan kebaikan. Ia juga merupakan musuh kepada Rangda.
Nie antara adengan dalam tarian Barong. Ada lima babak semua sekali.
Dalam gambar di atas, yang tengah dengan kuku panjang tue la Rangda yang mewakili kejahatan.
Di akhir tarian ada tarian keris seperti di atas, penari mencucuk keris di dada masing-masing tanpa ada kesan luka dan calar.
Nampak tak lelaki berbaju putih tue, masa menari tarian keris nie, penari seperti berada di dalam keadaan yang tidak sedar orang kata naik sheh jadi lelaki tua tue atau orang suci akan memulihkan kembali penari yang tidak sedar tadi dengan merenjis-renjis air kepada para penari.
No comments:
Post a Comment