Gembiranya bila dapat berjumpa kembali rakan-rakan lama. Hari nie kami rakan-rakan DPA, ITM Shah Alam bertemu kembali di rumah Yasmin yang terletak di Kampung Sungai Merab Tengah, Kajang. Istimewanya rumah Yasmin nie kerana betul-betul bertentangan dengan Putrajaya. Tapi sayangnya hari nie agak berjerebu jadi pemandangan Putrajaya agak kabur.
Perjumpaan kali nie santai sahaja dan seramai 12 orang yang hadir seperti di dalam gambar di atas. Perjumpaan bermula pukul 2.00 hingga 6.00 petang. Walaupun hanya 12 orang yang hadir tetapi terasa kemeriahannya. Selepas tamat belajar saya tidak pernah bertemu dengan Salwi, Slebeth dan Rohaya jadi peluang bertemu hari ini sangat-sangat mengembalikan nostalgia. Yang lain tue pernah bertemu di perjumpaan tahun lepas.
Nie coklat yang dibawa oleh Yazzed dan dibuat sendiri oleh isterinya. Nampak tak ada tulisan Class of 87. Majlis kali nie dibuat secara potluck dan ramai kawan-kawan yang membawa pelbagai jenis makanan seperti Lan membawa satay Hj Samuri, Azilah dengan cream puff, Hafilah membawa coklat dan air kotak, Salwi membawa pulut panggang, Sham dengan kek, Bob dengan tembikai, Slebeth bawa pizza dan saya hanya membawa cenderamata dari Manjung apa lagi kalau tak ikan bilis, satay fish dan sotong kering. Yasmin sebagai hos menyediakan roti jala, ketupat dan rendang, puding, buah-buahan dan air minuman. Terima kasih kepada Yasmin yang menyediakan rumahnya untuk dibuat tempat perjumpaan.
No comments:
Post a Comment