Monday, April 09, 2012

Sepetang Bersama Cikgu Koshim

Salam semua...
Teruja bila jumpa kembali dengan cikgu yang banyak berjasa kepada para pelajarnya.  Cikgu Khosim Lebai Ahmad mengajar Sejarah semasa di tingkatan 1 hingga 3.  Baru-baru nie sahaja, kawan-kawan dapat menjejaki di mana Cikgu Kassim (masa sekolah dulu semua ingat nama cikgu, Cikgu Kassim, sekarang baru tau rupa-rupanya Khosim Bin Lebai Ahmad, patut tak jumpa di Fb).  Maka satu pertemuan diaturkan sebab kebetulan cikgu hendak melawat anaknya di Bukit Merah.
Cikgu Khosim dan isteri bersama 3 dari 6 orang anaknya.  Masa kami di tingkatan 1, cikgu baru je posting.  Jadi batch saya dan junior yang agak rapat dengan cikgu-cikgu ketika itu menjadikan kenangan bersama cikgu-cikgu sangat istimewa.  Kebetulan Sekolah All Saints' jumlah pelajar dan guru sedikit sahaja.
Masih lagi teringat cara cikgu mengajar Sejarah dahulu.  Cikgu masih muda ketika itu, iye la baru postingkan dan seluar fesyen bell bottom menjadi trade mark Cikgu Koshim.  Ketawa mengingatkan semua itu.
Mahizan pun turut hadir dan gembira dapat berjumpa kembali dengan cikgu dan rakan-rakan.
Antara yang hadir ada yang datang dari KL, Perlis, Penang, Manjung (hahaha.... nak sebut jugak tue) dan sekitar Taiping semata-mata untuk berjumpa dengan cikgu dan rakan-rakan.
Lebih istimewa ada yang datang berkerusi roda dan bertongkat.(Syed kebetulan retak atau terseliuh kakinya jadi terpaksa bertongkat, sori Syed....).  jadi memang respek dengan kawan-kawan yang datang dari jauh dan dekat untuk menjayakan majlis pertemuan yang simple ini.
Cikgu sentiasa menjadi perhatian dan kenangan dahulu diceritakan kembali.  Semua nak bergambar dengan cikgu.
Moga ini bukanlah pertemuan terakhir dan ada lagi pertemuan-pertemuan lain yang akan menyusul yang dapat mengembalikan kenangan dan ikatan persahabatan lama.  Berharap moga rakan-rakan akan hadir untuk reunion raya di hari ketiga Aidil Fitri.  Insyaallah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??