Tuesday, April 17, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang Dan Sibuk

Salam semua...
Beberapa hari tak update kerana agak sibuk dengan kerja-kerja 5S.  Sibuk buat label, tag, parking untuk bilik tayangan sebab saya menjadi PIC untuk bilik tersebut (Alhamdulillah dah pun dapat anugerah Persijilan 5S nie). Jadi hari nie ada masa untuk update blog dan jengok-jengok Fb.  Hujung minggu baru nie terasa begitu panjang dan sibuk dengan program bersama Pengarah BPTV dan mesyuarat tergempar di pagi Ahad.
Pagi Sabtu 14 April bermula seawal 6.30 pagi untuk ke INTIM, Ipoh di mana dijalankan Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional, peringkat negeri Perak.  Majlis tersebut dikatakan road show terakhir Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dianjurkan di seluruh Malaysia dengan bermula di Sarawak dan berakhir di Perak.  Ini adalah satu siri penerangan tentang pelaksanaan Kolej Vokasional yang akan dilaksanakan di seluruh Sekolah Vokasional dan setengah Sekolah Teknik bermula tahun 2013.  Pada tahun ini 2012, sebanyak 15 Sekolah Vokasional terpilih telah pun dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional dan Sekolah Vokasional Seri Manjung telah terpilih untuk projek rintis ini.
Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan selesai pada pukul 3.00 petang. (Percaya tak???).  Punya la lama tunggu dalam dewan untuk mendengar penerangan dari penceramah dan Pengarah dan biasa la bila ada sesi soal jawab maka berlarut la program.  Lepas pukul 3.00 petang baru la makan tengah hari... wah laparnya.  Nasib baik dibekalkan roti bun dan air mineral.  Sampai rumah dah dekat pukul 6.00 petang sebab ke Ipoh dengan bas jadi biasa la mesti lambat.
Hari Ahad esoknya biasa la dah rancang macam selalu nak tengok tv, baca paper Ahad dan lepak-lepak. Tapi terima sms mengatakan akan diadakan satu mesyuarat dan perlu hadir ke sekolah pukul 11.00 pagi.  Rupanya satu lawatan pemantauan KPM ke Kolej rintis akan diadakan pada hari Isnin keesokkan harinya.  Jadi biasa la tugas saya mesti la order makanan untuk esok dan belikan cenderamata untuk pelawat.
 
Habis mesyuarat dalam pukul 1.30 petang dan terus ke Lumut untuk beri makanan laut sebagai cenderamata dan siapkan kerja-kerja lain untuk esok sempena lawatan pemantauan tersebut.  Guru-guru yang hadir santai sahaja sebab Ahadkan.
Hari Isnin, 16 April 2012, 5 pemantau dari BPTV, BPK, Nazir, Lembaga Peperiksaan dan IPG Kampus Teknik  hadir untuk menjalankan pemantauan.  Bermula dengan taklimat dari Pengarah dan sesi soal jawab antara kedua-dua pihak.  Seterusnya diadakan pula perjumpaan dengan guru-guru untuk mengetahui masalah dan kekangan sepanjang 4 bulan menjadi Kolej rintis.
Khusyuk semua ahli mesyuarat mendengar taklimat dan penerangan dari Pengarah Kolej.  Kerja-kerja 5S tertangguh sekejap kerana lawatan pemantauan ini, sedangkan audit dari MPC diadakan keesokkan harinya.
Perjumpaan dengan guru-guru tidak ramai guru dapat hadir kerana ada yang ada kelas dan sibuk dengan persiapan 5S.    Semasa perjumpaan ini, ada pemantau yang terus ke bengkel untuk menjalankan kerja-kerja pencerapan.  Apa pun lega bila lawatan ini berjalan lancar.  Memang letih betul minggu lepas kira tiap-tiap hari ada je program.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??