Tuesday, June 14, 2011

Coretan Ke-96 - Makanan Dari Sarawak

Salam semua...
Seorang kawan yang memang berasal dari Sarawak balik kampung cuti sekolah yang baru nie.  Jadi ramai la yang ambik kesempatan untuk memesan ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak.  Semalam dah dapat ikan terubuk dan sebab teruja dapat ikan terubuk tue, balik sekolah semalam terus ke FAMA untuk cari sayur dan ikan untuk digulai.  Balik masak simple-simple je asam pedas ikan kembung dan bayam digoreng je.  Yang penting ikan terubuk masin tue digoreng dan diletak sekali bawang dan cili.  Bestnya... sebab ikan tue masih lagi baru dan tak berapa masin. Gambar nie google je, tak sempat nak ambik gambar ikan tue dah pun dipotong-potong dan dimasak.  Nak tunjuk gambar masakan segan la pulak sebab nie bukan blog masakan.  Nanti-nanti la masak-masak dan masukkan dalam nie.
Hari nie pulak Fatihah bawa kek lapis Sarawak dengan pelbagai perasa untuk dijual.  Semalam dia dah bawa kek lapis nie ke sekolah sebagai promosi. Pandai promosi ye...  Apa lagi beli la satu dengan perasa asam manis. Gambar bawah pun google je sebab tak ambik gambar pun. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??