Wednesday, June 01, 2011

Coretan Ke-85 - TV ALHIJRAH

Salam semua...
TV AlHijrah sekarang dah boleh ditonton melalui Astro channel 114 bermula pukul 12 tengahari 1 Jun 2011.  Dengan tagline "Segalanya Bermula Di Sini" dan namanya pun TV AlHijrah moga dapat memberi menanfaat kepada kita semua. Sebelum nie tak pernah dapat menonton kerana di Perak tv nie tak dapat ditonton, hanya di beberapa kawasan tertentu sahaja.  TV nie telah dilancarkan secara rasmi pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 Hijrah. Nampaknya sekarang bertambah lagi channel yang bercorak keagamaan selain Astro Oasis channel 106. Alhamdulillah.. Tengah bersiaran Nizar Mohammad dan juga Norzie Pak Wan Chek, lama saya  tak nampak kedua-duanya di kaca tv.  Rupanya dah jadi penyampai di TV AlHijrah
Moga saya tak la asyik nak tonton 703, 707, 711 dan yang seumpamanya lagi.... Insyaallah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??