Baru je semalam sembang dengan jiran sebelah rumah dan dia bagi tau rumah jiran selang 5 buah rumah dimasuki pencuri dan kehilangan motor. Hari nie pulak masa tengah relaks-relaks tengok tv petang tadi anak jiran yang sedang menunaikan umrah bagi salam dan bagi tahu pintu rumah dia tak boleh buka. Ok la pegi la tengok apa masalah pintu dan kunci rumahnya.
Bila sampai terperanjat sangat rupanya ada cubaan untuk pecah masuk, pintu nampak bekas-bekas diumpil. Kunci pun telah rosak dan pintu tak dapat dibuka. Pintu grill pun telah dirosakkan. Semasa ketiadaan "K" untuk mengerjakan ibadah umrah, anak-anaknya tinggal bersama mak saudaranya di Tanjung Karang dan petang tadi balik untuk menjenguk rumah.
Bila tengok di tingkat atas nampak grill tingkat atas terbuka dan tangga pun terbuka sedangkan menurut anak "K", tangga tersebut ditutup dan diletak di tepi.
Seorang jiran panjat melalui balkoni untuk tengok jika pintu di bilik utama boleh dibuka atau tidak. Tombol pintu pun telah dirosakkan tapi pintu tak boleh buka jugak. Jadi macam mana nak masuk ke dalam rumah untuk lihat dan periksa barang-barang yang hilang?
Setelah beberapa ketika barulah pintu dapat dibuka dan bila diperiksa, pencuri tak sempat masuk ke dalam rumah mungkin sebab susah untuk membuka pintu. Jadi kesimpulan jiran-jiran, bila tidak berjaya di rumah "K" dia langsung ke rumah "I" yang kehilangan motor, komputer, kamera dan sejambak kunci. Moga Allah merahmati kawasan kejiranan saya dan tiada lagi kes-kes atau kejadian seumpamanya berlaku lagi. Tadi dah ada ura-ura untuk menghidupkan semula kawalan kejiranan atau rukun tetangga. Semoga semuanya selamat. Amin...
No comments:
Post a Comment