Kali nie nak sambung balik cerita cuti-cuti di Singapore awal Mac yang lalu. Kalau tak diletakkan di sini, maka habis begitu saja la kenangan percutian sama seperti sebelum nie. Tapi tue la nak duduk bercerita di depan komputer dan pilih gambar-gambar kadang-kadang ambil masa yang panjang jugak. Jadi elok la banyak tunjuk gambar je. Ramai yang dah sampai di sini, walau bagaimanapun keterujaan bila sampai di USS nie terasa seperti kembali di zaman kanak-kanak.
Tiket masuk beli secara online guna kad kredit Maybank sebab masa tue ada promosi tak sure masih ada lagi atau tak.
USS mula dibuka pada pukul 10.00 pagi bila sampai dalam pukul 9.30 pagi dah ramai yang beratur di depan pintu masuk dan semuanya tak sabar-sabar menunggu masanya.
Terus ke Madagascar.
Dari Madagascar ke Hollywood untuk melihat Light, Camera, Action yang menerangkan sedikit sebanyak tentang cara-cara pembikinan filem dari segi special effect yang digunakan dengan hari hujan dan ribut petirnya dan sebagainya.Lepas tue ke Sci-Fi City dan naik Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle. Best la, hilang penat menunggu dan beratur bila dapat naik ride.
Ancient Egypt.
The Lost World
Far Far Away.
Persembahan di Water World
Tasik di tengah-tengah USS
Selepas menonton persembahan muzikal Monster Rock di Hollywood sempat menonton persembahan Daddy O's.
Sebelum keluar singgah di kedai souvenior USS dan cuma beli fridge magnet seperti biasa.
1 comment:
berapa harga tiket universal studio ni??
Post a Comment