Tuesday, April 10, 2012

Ceramah Tentang Penjagaan Gigi

Salam semua...
Pagi tadi ditugaskan untuk jadi MC bagi Ceramah Tentang Penjagaan Kesihatan Gigi Bagi Pelajar Sekolah. Ceramah disampaikan kepada pelajar Kolej dan pelajar tingkatan lima tidak terlibat.  Majlis bermula lewat 10 minit kerana doktor gigi yang akan menyampaikan ceramah tersebut terlewat akibat masalah pengangkutan.
 Bila sampai semua pelajar telah pun bersedia dan majlis terus bermula tanpa membuang masa.
Ceramah disampaikan oleh Dr Ting Diew Leong dari Klinik Pergigian Seri Manjung.  Muda lagi doktor yang memberi ceramah.

Semasa sesi soal jawab tiada soalan yang dikemukakan tapi bila selesai je majlis ramai pula pelajar yang berjumpa doktor tentang masalah gigi mereka.  Rupanya ramai segan untuk bertanya di hadapan ramai kawan-kawan.
Sempat pulak minta diambil gambar mereka.  Jadi ambil je dan kata lepas ambil nie saya delete ye. Hehehe....  jadi letak sini la gambar dia orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??