Salam semua...
Pagi tadi balik ke Taiping sekejap kerana ada mesyuarat tentang reunion kawan-kawan All Saints' yang akan diadakan di hari ketiga raya Aidil Fitri. Nie merupakan reunion kali ketiga dianjurkan. Selain itu, istimewanya hari ini sebab bertemu kembali dengan cikgu Koshim, guru sejarah yang kali terakhir berjumpa semasa di penghujung tingkatan 3. Lama tue. Nie cerita kemudian la.
Ok sekarang nak tunjuk gambar cendol di gerai Ansari, Taiping. Singgah sekejap untuk makan cendol. Tengok gambar bawah.... wah memang terbaek la.... Memang dari Manjung lagi dah cadang nak makan cendol nie. Ada dua cendol yang famous di Taiping, satu di Ansari nie dan satu lagi Bismillah. Bagi saya rasanya lebih kurang sama je, dua-dua sedap hehehe..... Tapi ada yang kata Ansari lagi sedap dan ada yang kata sebaliknya. Ikut selera masing-masing la kan.
No comments:
Post a Comment