Hari nie kan cuti... jadi lepak-lepak sambil berfb dan tengok tv... tue dia 2 in 1. Sambil-sambil tue chatting dengan Din, tengah rancak berchatting tetiba rasa macam kepala berpusing. Masa tue lebih kurang pukul 4.40 pm kot. Terus kata eh... tekanan darah naik ke? Tengok lampu nampak bergoyang-goyang, cuba tengok gambar kat bawah nie, masa nie lampu nie terbuai-buai dan bergoyang. Terus teringat semasa kejadian tsunami di Acheh tahun 2004 dulu perasaan macam nie la dirasa. Nie bukan la nak tunjuk gambar lampu tapi masa ambil gambar nie memang tengah bergoyang-goyang lampu tue.
Pusat gegaran gempa adalah di 495km barat daya Acheh. Amaran tsunami telah dikeluarkan bagi Lautan Hindi bila gempa berukuran 8.9 magnitude melanda utara Acheh. Moga tsunami tidak berlaku seperti yang pernah berlaku di Acheh tahun 2004 dahulu. Amin...
Semua ini sebagai peringatan kepada kita dariNYA... Semoga kita tidak lupa kepadaNYA...
2 comments:
alhamdulliah ..nasib baik tak ada tsunami kannn
alhamdulillah sangat kak ina... tak ada bencana besar dari gempa baru2 nie
Post a Comment