Saturday, December 01, 2012

Disember - Hujung Tahun 2012

Salam semua...
Mulai semalam dah pun berada di Kuala Lumpur.  Kononnya ada dinner dengan rakan-rakan sekolah malam nie. Tapi tue la bila last minute ada yang cancel dan respon pun tak seberapa terus la program nie di tangguhkan.  Hrmmm nak buat cam mana kan... Nie la susahnya kalau jadi organizer dah kawan-kawan tak respon sama ada nak datang atau tidak untuk majlis tue.  Nasib baik sekarang ada whatapps dan Fb senang nak berhubung dan free pulak tue.  Tapi tetap kena call dan sms yang mana memang memerlukan fulus kan.. memang kena guna duit sendiri untuk call dan sms kawan-kawan.  Frust jugak kalau tau lambat lagi datang KL nie, datang untuk majlis akad nikah anak saudara. Nie kalau balik nanti nak datang balik 8 Disember so duk diam-diam je la kat KL nie buat keje.  Semua keje-keje dibawa bersama, minta-minta banyak yang dapat disiapkan. Hahaha... bole caya ke??
Mulai hari nie dah pun bermula cuti sekolah untuk kami guru-guru yang mengajar di KV.  Sedangkan guru-guru sekolah yang lain dah 3 minggu bercuti huhuhu.... Tak pe la ada jugak cuti so enjoy....

Hari nie dah pun 1 Disember 2012, sangat-sangat cepat masa berlalu. Kejap je kita dah pun berada di penghujung tahun 2012. tinggal bulan Disember je lagi sebelum kita melangkah ke tahun dan lembaran baru 2013.  Jadi sangat berharap semoga di bulan terakhir ini akan ada berita gembira atau apa-apa saja yang akan menceriakan hujung tahun 2012. Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??