Friday, December 14, 2012

1.2.34 - Satu Lagi Tarikh Istimewa

Salam semua...
Hari Rabu yang lepas kecoh sana-sini dengan tarikh 12.12.12.  Berebut-rebut nak jadikan tarikh itu sebagai satu tarikh yang istimewa dalam hidup.  Tapi sedar tak hari nie pun cantik jugak tarikhnya. 1.2.34, tapi tue la bila tarikh dalam kalender Islam jadi ramai yang tak perasan.  Sebab kadang-kadang kita, walaupun pun orang Islam tidak sedar akan kalender Islam.  Bila tanya sekarang bulan apa dalam kalender Islam?  Ramai la yang tergaru-garu kepala dan mula cari kalender untuk dapatkan jawapan.  Jadi selepas ini moga kita semua lebih perihatin akan tarikh dalam kalender Islam dan bukan hanya ambil berat bila di bulan Ramadhan, Syawal dan tarikh-tarikh tertentu sahaja.  Ini peringatan untuk diri sendiri juga...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??