Tuesday, March 22, 2011

Coretan Keempat - Hujan Pagi

snooze button cartoons, snooze button cartoon, snooze button picture, snooze button pictures, snooze button image, snooze button images, snooze button illustration, snooze button illustrations

Salam semua...
Pagi nie bila sedar dari tidur ketika jam berbunyi, rupanya hujan di luar.  Hrmm... kalo tido lagi bestnya, jadi jam yang berbunyi tu dibiarkan dalam mode snooze, jadi boleh tido dalam 5 minit lagi hehehe...  Tapi rupa-rupanya bukan jam tu diletak dalam mode snooze tapi STOP.  Aiyoh.... bila terjaga balik dari tido rupa-rupanya dah pukul 6.40 pagi, hujan masih lagi belum berhenti.  Cepat-cepat bangun mandi dan buat apa yang sepatutnya.  Masa nie la capai baju emergency. Baju emergency nie baju yang tak perlu digosok, jadi masa bangun lewat baju inilah yang dipakai.  Hanya perlu gosok tudung sahaja.   Saya nie jenis gosok baju di waktu pagi sebelum ke tempat kerja.  Jadi tau la betapa kelam kabutnya bila bangun lambat mana nak mandi, solat dan  gosok baju dan bersiap-siap. Tapi sesekali lambat dan kelam kabut nie seronok jugak... hehehe...

Bila hujan hari nie, jadi untuk melintas jalan mengambil masa kerana banyak kenderaan.  Ibubapa menghantar anak masing-masing ke sekolah dengan kereta dan tidak ada pelajar yang berjalan kaki.  Disebabkan rumah berhadapan dengan sekolah, dan untuk ke tempat kerja pintu pagar sekolah ini akan ditempuh menjadikan jalan begitu sibuk sekali dengan kereta keluar masuk.  Nampaknya sampai ke sekolah lebih lewat dari biasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??