Sunday, March 20, 2011

Coretan Kedua - Cuti Dah Nak Habis...

Salam semua...
Esok dah mula kerja semula selepas cuti seminggu. Hrmmm.... macam tak cukup je cuti nie.  Apa yang saya buat masa cuti seminggu nie?
1. Kelas tambahan Sejarah untuk program Al-Falah untuk pelajar seramai 25 orang. Pelajar-pelajar nie pelajar harapan sekolah untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011. Insyaallah...
2. Balik kampung Taiping la tu bersama my brother Joel yang datang dari KL hari Jumaat tu, hari Sabtu selepas selesai program Al-Falah di sekolah.
3. Hujan lebat sangat petang Sabtu tu jadi tak ke mana-mana kecuali Pasar Malam dan makan kuey teow di kedai Samah.  Rasa macam kurang ummpphh sikit kali nie.
4. Pagi Ahad tu ada urusan yang perlu dilakukan sebelum bertolak ke Kuala Lumpur bersama-sama my brother Joel.
5. Makan di Wadi Hadramawt
6. Tonton Hikayat Merong Mahawangsa di Mid Valley show pukul 11.15 am dan malam tu tonton LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal di Istana Budaya
7. Balik semula ke tempat mencari rezeki ku pada hari Khamis
8. Jumaat pegi dentist untuk cuci gigi yang dah lama tak buat. Selepas tu cari lampu untuk living hall yang dah ada problem....
9. Siapkan kerja untuk SOLAF 1

Wah macam banyak jugak yang telah dilakukan....  Nanti bila-bila buat entry tentang cuti nie...

 Esok jangan lupa pegi kerja... cuti dah habis

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??