Tuesday, September 25, 2012

Hujan Pagi

Salam semua...
Pagi nie hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Manjung.  Sebenarnya entry nie nak letak pagi tadi, tapi entah sibuk dengan kelas dan kerja-kerja lain jadi tak berkesempatan nak update blog.  Bila fikir-fikir nasib baik sekarang masuk kerja pukul 8.00 pagi, (walaupun sebenarnya 7.30 pagi dah sampai sekolah)                                                                                                                           sebab jalan dah tak banyak kereta masa nie.  Kalau sebelum nie bila hujan je kena cepat-cepat keluar kalau tidak pasti jalan jem.  Hendak ke sekolah yang mengambil masa dua minit pun akan jadi sampai 15 minit kerana ramai ibubapa yang hendak menghantar anak masing-masing dengan kereta.  Kebetulan depan rumah adalah sekolah dan jalan ke sekolah saya akan melalui pagar sekolah nie.  Kelas pagi nie mula pukul 8.00 pagi jadi tak boleh jugak nak lewat ke sekolah walaupun hujan...

Doaku Hari Ini - Selasa

Salam semua...

Monday, September 24, 2012

Raptai Di Hari Pertama

Salam semua...
Hari Sabtu nie 29 September akan diadakan Majlis Graduasi, Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum serta Aqiqah 2012 peringkat sekolah.  Nie kira projek besar pertama bagi saya tahun ini.  Selalunya majlis nie antara program utama peringkat sekolah yang diadakan secara besar-besaran dan meriah.
Sebagai persediaan untuk majlis tersebut petang nie diadakan raptai untuk persembahan yang akan diadakan oleh pelajar-pelajar KV.  Sementara mereka bermula dan menunggu PA system maka ambil dulu gambar dewan dan aktiviti pelajar yang membuat persembahan.
Susun atur dewan dan pentas tanpa sebarang hiasan lagi.  Nanti bila dah siap akan ambil gambar kalau tak lupa.
 Pelajar-pelajar yang membuat persembahan nasyid sedang membuat latihan persembahan.  Dari segi suara memang dah ok cuma sekarang perlu diperbaiki sikit di sana sini selain membetulkan lagi steps mereka.  Apa pun berdoa agar ketiga-tiga persembahan akan berjalan lancar seperti mana yang dirancang di hari Sabtu nanti.

Breakfast Kat Mana Ye...

Salam semua...
Pagi sebelum balik ke Manjung tue breakfast di Sri Pandi, PJ cerita tentang makan-makan di sini pun dah pernah buat entry dua kali kalau tak silap. Seperti biasa di hari cuti umum memang ramai yang breakfast di situ. Jadi bila sampai dan order diambil, daun pisang akan diletakkan di hadapan kita menggantikan pinggan.  Tapi sebenarnya kalau tak nak pakai daun pisang pun boleh je minta pinggan.
Bila sampai je order terus dia letak atas daun pisang tue.  Kali nie pun order tosei masala.  Tosei yang dalamnya ada inti kuah kentang.  Memang best dan terbaek la... Kat Manjung tak jumpa lagi kedai yang jual tosei masala nie. Ehhh bermasalah betul nak makan kena pegi KL..
Lepas dah letak apa yang diorder dia pun bagi la pilihan kuah-kuah yang ada dalam bekas nie.  Yang nie yang kuahnya pekat seperti chutney kelapa, chutney mangga dan satu lagi tak sure pulak.  Ada satu lagi tue yang berkuah seperti kari ayam, ikan dan kuah dal. Letak la banyak mana yang nak pun. Habis minta je lagi...
Bila dah letak kuah yang pekat tue elok la tapi yang cair tue susah sikit la kan.
Kalau ke sini saya mesti order tosei masala dan adik pulak mesti order puri.  Kuah kentang dia memang sedap dan terbaek la...  Bila masanya makan-makan tak de yang terbaek?? Hehehe semuanya best dan terbaekkk...

Doaku Hari Ini - Isnin

Salam semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??