Sunday, September 11, 2011

150 - Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Salam semua...
Masa raya yang lalu, selalu benar Saiful (anak saudara) memainkan lagu nie dari komputer dia.  Dengar-dengar wah jiwang karat punya lagu tapi ok la jugak.  Jadi letak la kat sini walaupun tak de kena mengena pun dengan apa yang dirasa.  Apa pun enjoy...

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff
semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Saturday, September 10, 2011

149 - Exam Percubaan SPM Bermula

Salam semua...
Mulai hari Rabu, 7 September 2011 pelajar-pelajar Tingkatan 5 mula menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula dengan kertas Bahasa Melayu.  Hari Jumaat pula kertas Sejarah dan bermulalah kerja-kerja memeriksa kertas jawapan pelajar.  Sekali lalu biasa la ada yang dapat menjawab dan ada yang tidak.
Pinjam gambar atas dan bawah nie dari blog Vokasma Today sebab kamera rosak.  Sib baik masa cuti raya hari tue kamera masih lagi ok dan bila balik lens kamera pulak rosak.  Macam mana nak ambik gambar nie...
Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan cemerlang dan seterusnya memperolehi keputusan yang membanggakan bukan setakat Peperiksaan Percubaan tetapi Peperikssaan SPM yang sebenarnya nanti.

Wednesday, September 07, 2011

148 - Reunion Raya 2011

Salam semua...
Seperti tahun lepas, tahun ini jugak kawan-kawan dari sekolah All Saints dahulu mengadakan perjumpaan raya di hari raya ketiga iaitu 1 September 2011 bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana.  Tahun nie dapat berjumpa dengan beberapa rakan yang telah lama terpisah sejak tamat zaman persekolahan seperti Rozita, Hisham dan beberapa orang lagi.   Wah... berapa lama tue...
Ada yang masih tidak berubah dan masih  boleh dikenali dan biasa la ada yang telah mengalami banyak transformasi seiring dengan usia.  Rambut dah mula bertukar ke warna metalik di sana sini, gigi pun dah mula tanggal selain ramai bercerita tentang mula sakit lutut dan penyakit lain menghinggap diri.  Macam-macam perubahan boleh dilihat tapi itu la pahit manis sebuah persahabatan.  Ada yang masih lagi suka mengusik seperti dulu-dulu dan menunggu peluang sahaja untuk membalas usikan.
Fb banyak menolong untuk menjejak semula rakan-rakan yang telah terputus hubungan dan moga ikatan persahabatan akan kekal sampai bila-bila.  Nasib baik kumpulan rakan-rakan nie rajin mengadakan pertemuan sampai ada yang kata asyik reunion saja.  Hahaha.... ok la kan sebab bukan selalu pun

Tuesday, September 06, 2011

147 - Cerita ceriti Syawal 1432 Hijrah

Salam semua...
Raya dah masuk hari ke 8 hari nie.  Kejap je masa berlalu dan masih terbayang-bayang perjumpaan dan pertemuan dengan sanak saudara dan kawan-kawan.  Masih lagi teringatkan ketupat, lemang, rendang dan kuih muih.  Teringat sibuk dan penat memasak dan mengemas rumah sebelum hari raya (hehehe... walaupun ada yang menolong mengemas rumah, kalau tak sure lagi penat).  Tapi itu la keseronokan untuk berhari raya.  Bila jumpa kembali dan berkumpul adik beradik itulah saat yang menggembirakan.

Tahun nie tahun kedua beraya tanpa Abah dan tahun kelapan tanpa Emak.  Lain sangat bila kedua-duanya sudah tiada.... Raya terasa sepi dan sunyi.  Kalau dulu-dulu Emak la yang akan sibuk di dapur untuk sedia kan juadah hari raya dan selalunya saya tolong-tolong mana yang patut sahaja.  Tapi sekarang bila raya, saya perlu memainkan peranan utama di dapur walaupun skil memasak ala-ala saja, boleh la setakat nak makan ketupat dan rendang.  Walaupun rasanya tak tentu sedap ke tidak.  Hrmmm....  Ooo ye gambar atas nie gambar sebelum Kak Chah balik ke KL. Biasalah selalu mesti ambik gambar kat pagar nie sampai ada yang kata dah tak de tempat lain ke.... Hehehe....
Walaupun tidak serentak balik ke kampung tapi raya tahun nie semua adik-beradik ada kecuali Kak Nor yang tidak balik kerana baru berpindah rumah.  Jadi kami beramai-ramai ke rumah Kak Nor untuk berhari raya semasa hari raya ketiga.  Kereta memang banyak di lebuhraya dan nasib baik tidak jem, kereta tetap bergerak walaupun perlahan.  Gambar nie sebelum balik semula ke Kamunting dan Kijam pula terus ke Kulim untuk ke rumah mertuanya.

Raya tahun nie jugak seperti biasa selepas menziarah pusara Emak dan Abah kami semua ke rumah Haji Mat dan Pakcik Sahak untuk meneruskan tradisi.  Semasa Emak dan Abah masih ada, selepas sembahyang raya rumah Haji Mat, Pakcik Sahak, Pakcik Rejab, Pakcik Raja, Cikgu Zakaria, Cikgu Yaakob dan beberapa orang sahabat Emak dan Abah akan sentiasa diziarah.  Dan sekarang kami cuba untuk meneruskan tradisi mereka walaupun tidak semua rumah itu dapat diziarah lagi.
Setiap hari raya Boy anak jiran berhampiran rumah akan datang mengunjungi tanpa gagal.  Kalau dulu dia akan bersama-sama dengan seorang sahabatnya yang juga istimewa, tapi dua tiga tahun kebelakangan nie Boy akan datang berseorangan sahaja.  Boleh dikatakan semua rumah berdekatan akan dia kunjungi walaupun berseorangan untuk mengutip duit raya, sebagai simpanan katanya.

Selamat hari raya dan moga kita semua akan berjumpa semula di masa-masa mendatang.  Insyaallah...

146 - Perjalanan Balik Dari Kampung

Salam semua...
Lama tak update selain sibuk dan tak ada line internet di kampung, malas nak update pun ada sebab sibuk dengan Fb bila diupload gambar-gambar semasa reunion banyak komen-komen yang perlu dijawab.  Hahaha... macam banyak menjawab komen-komen.  Nanti la akan letak gambar-gambar reunion raya di sini jika berkesempatan.

Nie nak cerita tentang kisah perjalanan balik dari Taiping ke Manjung hari Ahad yang lalu.  Kereta masih banyak dan kebanyakan kereta berhati-hati masa memandu.  Tidak banyak kereta yang laju dan potong-memotong seperti selalu.  Walaupun berhati-hati tapi terserempak dengan dua kemalangan.
Kejadian kemalangan yang pertama berlaku di corner sebelum SMK Dato' Idris, Pantai Remis.  Kemalangan nie seperti baru berlaku kerana boleh nampak orang ramai seperti sedang menolong mangsa kemalangan.  Sempat ambik gambar kerana masa nie kereta berhenti dan berjalan dengan perlahan.  Kemalangan antara lori dan kereta.
 Polis belum tiba dan nasib baik ada penduduk sekitar dan orang ramai yang prihatin menolong mangsa dan mengawal traffik.
Kemalangan kedua pulak seperti telah lama berlaku kerana tow truck pun dah sampai.. antara kereta Avanza dengan satu lagi kereta.
Bila tengok kemalangan walaupun mungkin kemalangan kecil terus lebih berhati-hati bila memandu kerana cuba ambil pengajaran dari peristiwa kemalangan tersebut.  Semoga kita sentiasa berhati-hati semasa memandu dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke mana sahaja destinasi kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??