Salam semua...
Masa zaman remaja dahulu satu hobi yang sekarang sudah sangat jarang dilakukan adalah mengumpul kad. Tambah sekarang ramai yang guna kad online atau maya sahaja jadi kad pun dah tak laku kot... Contoh kad birthday, get well, good luck dan apa saja kad yang gambar atau corak di hadapannya cantik dan menarik dipandangan mata dan kata-kata yang menarik di dalamnya akan dibeli dan simpan. Jadi kad-kad dari syarikat seperti American Greetings, Hallmark dan lupa dah nama syarikat pengeluar kad yang famous dulu-dulu sering dicari bila ke supermarket.
Sekarang entah dekat mana la menghilangnya kad-kad tersebut. Sebab suka sangat kad-kad nie, tak dihantar pun kepada sesiapa, saja untuk simpanan sendiri saja. Bila tak cukup duit untuk beli kad untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan maka bermulalah hobi membuat kad, dan satu lagi buat frame gambar. Agak banyak frame yang dibuat dan semasa berpisah dengan rakan-rakan terutama semasa di ITM, Shah Alam frame gambar nie merupakan buah tangan untuk rakan-rakan sebagai tanda kenangan. Kad pulak dibuat semasa sambutan harijadi dan Valentine's Day. Zaman tue masih lagi zaman jahililliah, jadi sambutan untuk perayaan tue memang agak meriah.
Hujung tahun lepas masa blogwalking, terjumpa satu blog yang ambil upah buat kad. Jadi tetiba je timbul minat untuk buat kad kembali. Tambahan awal Januari adalah hari lahir yang dinanti-nanti. So cuba-cuba untuk buat kad balik. Siap pegi Daiso, Popular dan kedai-kedai kraftangan untuk cari bahan-bahan untuk buat kad nie. Kertas dan fancy paper memang dah sedia ada sebab dari dulu memang selalu beli untuk kegunaan sendiri. Buka juga youtube dan google contoh-contoh handmade card. Jadi yang atas berwarna biru nie la hasilnya. Ok tak? Buat permula rasanya ok la kan.. sebab nie kad pertama selepas sekian lama tak buat kad, memang senget dan tak kemas sikit sana sini.
Bentuk love di belah depan tue ambil masa sikit sebab perlu disusun bintang-bintang kecil tue satu persatu. Belon-belon tue pulak jenuh jugak la kena tengok dua tiga kali cara nak lipat kertas. Dah lama tak buat kerja-kerja kraf tangan jadi memang dah keras tangan nie... Ayat dalam kad ini tanya je kat pakcik google. Jumpa yang menarik terus print dan tampal je. Nak reka sendiri kata-kata rasanya tahun depan pun tak siap kot.
Ok yang nie pulak envelope untuk kad tersebut. Pilih warna biru sebagai tema untuk kad sebab tau penerima memang minat dengan warna tersebut hehehe.... Harap penerima sudi la terima kad yang tak seberapa nie. Dah bagi by hand je.
1 comment:
Nak buat kad ni, orangnya kenalah kreatif. Mama ni ada koreng sket bab kreatif tu, but I definately love colors! Suka kad birthday tu... colorful!
Post a Comment