Setelah hampir dua bulan ehhh... ke sebulan lebih rasanya tak hujan, hari nie dengan lebatnya hujan turun. Alhamdulillah syukur sebab cuaca memang sangat panas sekarang. Dalam pukul 3.00 petang tadi, dalam perjalanan ke SK Dato Ishak, Teluk Muruh, Lumut memang dah nampak langit mendung dan gelap seperti hujan akan turun. Sebelum sampai di destinasi yang dituju hujan turun dengan lebatnya.
Tujuan ke SK Dato Ishak dengan beberapa orang rakan adalah untuk melihat tapak pameran untuk Program Karnival Profesor Turun Padang Perak 2014 yang akan berlangsung selama dua hari dari 21 - 22 Februari 2014. KVSM diberi satu khemah untuk diadakan pameran promosi, inovasi dan jualan barang-barang dari School Enterprise.
Bila sampai di padang sekolah memang telah siap khemah-khemah pameran dan pentas tapi padang memang dipenuhi dengan air. Macam mana la kalau esok bila program berlangsung hujan turun habis la barang-barang pameran.
Khemah di mana kereta Savvy parking tue la tapak pameran untuk KVSM. Hrmmm... macam mana la besok kalau hujan tidak berhenti?
Setiap khemah disediakan 2 meja dan 4 kerusi. Selepas lihat khemah yang diperuntukan untuk KVSM maka nak buat apa pun tak boleh sebab hujan lebat sangat, jadi terus je balik semula ke kolej. Semoga esok dan Sabtu hujan tidak selebat hari ini, jika tidak pasti program yang telah dirancang akan tergendala di sana sini.
Masa taip entry nie hujan turun dengan lebat di Manjung bermula dalam lebih kurang pukul 8.00 malam tadi dan masih lagi lebat sekarang. Alhamdulillah... syukur ya Allah atas rahmat dan kurniaMu. Amin...
No comments:
Post a Comment