Entry nie sebenarnya nak letak pagi 1 November nie atau malam semalam. Tapi tue la bila wifi bermasalah di sekolah dan ada kerja yang perlu dibereskan jadi entry nie pun terpaksa dilewatkan.
Hari nie dah pun 1 November dan masa menulis entry nie dah pukul 7.30 pm pun, dah nak habis 1 November. Bila masuk November bermaksud tinggal dua bulan sahaja lagi kita berada di 2012. Cepatnya masa berlalukan... pejam celik pejam celik dah masuk November.
Minggu depan 5 November bermulanya SPM dan bagi pelajar KV pun final exam mereka bermula di tarikh yang sama. Dua peperiksaan yang besar bermula minggu depan. Risau memikirkan persediaan para pelajar, adakah mereka telah betul-betul bersedia? Bila ditanya ada segelintir yang masih lagi belum bersedia tapi nampak tidak ada riak bimbang di wajah mereka. Cikgu pulak yang mula risau bagaimana mereka akan menghadapi dan menempuh peperiksaan yang agak besar dalam hidup mereka? Hrmmm....
Semoga kedatangan November membawa seribu rahmat dan barakah daripadaNYA kepada kita semua insyaallah. November please be good to me....
No comments:
Post a Comment