Selepas empat hari bermesyuarat untuk satu tugas rutin hujung tahun di Ipoh dari hari Khamis hingga hari ini Ahad, jadi nie baru la ada masa untuk menjenguk dan update blog. Wah penat jugak bila mesyuarat dari pukul 8.00 am hingga 4.30 pm. Dah la kena siapkan beberapa kerja sebelum balik hari ini, jadi memang terasa penat dan mengantuk terutama bila esok kena sekolah. Hrmmm... sebelum nie di tahun-tahun yang lalu di waktu memulakan kerja-kerja nie, cuti telah pun bermula jadi agak mudah dan santai menjalankan tanggungjawab rutin hujung tahun nie. Tak pe la mungkin ini kali terakhir melakukan kerja-kerja ini, sebab bila sekolah menjadi KV agak susah menjalankan kerja-kerja ini.
Best berada di dalam kumpulan mesyuarat nie yang sangat supporting dan sangat membantu. Untuk kali ini tinggal di Rapat Setia di rumah adik Haslina yang kebetulan memang kosong kerana dalam proses pindah. Dan untuk memulakan kerja-kerja rutin ini memang agak payah dan susah kerana baru nak familiar dengan semuanya. Ini menyebabkan kerja-kerja berjalan agak lambat. Sama jugak dengan kita manusia, memulakan sesuatu itu jugak sangat susah, macam-macam yang akan diperkatakan. Apa pun melangkah la dengan pasti. Sentiasa sabar dan berdoa agar semuanya berakhir dengan baik. Aamiin..
No comments:
Post a Comment