Ok nie entry last tentang perjalanan ke Gerik hujung minggu lepas. Masa ke sana ada satu benda yang dicari tapi sebab tak tau nak cari di mana jadi jumpa dan beli di Lenggong saja. Lepas berhenti di Restoran Tasik Raban singgah di satu tempat dia tulis Pusat Pengumpulan Kecil Kg Kelantan, Lenggong. Kira macam tempat pengumpulan hasil dan produk IKS setempat.
Nie la benda yang dicari.. ikan pekasam. Memang kat Manjung dan banyak tempat pun ada jual tapi ramai yang kata ikan pekasam dari daerah sini lebih umphh... Tambahan Din, kawan sekolah dulu pernah bagi ikan pekasam dari Gerik. Masih terasa-rasa sedapnya ikan pekasam tue. Lagi pun bulan puasa tak lama dah nak kunjung tiba, jadi kalau ada ikan pekasam untuk sahur mesti sedap . Orang sibuk nak beribadat sempena kedatangan Ramadhan, nie sibuk cari ikan pekasam... issshh....
Ikan pekasam ada macam-macam jenis sampai tak pernah dengar nama ikan bila akak penjual tue sebut. Semua ikan-ikan nie katanya datang dari Tasik Raban. Memang produk tempatan. Ikan yang kat atas nie dia jual 3 peket RM 10.00. Pilih je nak ikan apa.
Bila tanya talapia ada tak akak nie kata ada tapi besar dia pun terus tunjuk. Yang dia pegang tue la.
Ikan pekasam yang kat atas nie pulak ikut harga yang tertera di atas peket plastik tue. Sebab ikan lebih besar jadi harga pun lain dari yang mula-mula tadi.
Gambar ikan pekasam goreng nie ambik kat google je, dah goreng sekali tapi tak de la ambil gambar bagai. Rasa ok sangat. Best kan goreng sekali dengan bawang dan cili
1 comment:
Hi siti, nk tanya ade tak number tel owner ni, sy call number kt signboard tu dh no org lain hmmm 😭😭😭
Post a Comment