Salam semua....
Wah best rasanya bercuti selama seminggu sempena CNY. Lega bila tak perlu pergi kerja dan balik pukul 5.00 petang. Tapi yang tak bestnya bila kena ganti balik hari-hari cuti nie di Sabtu nanti.... Huuwaaa... kalau tak payah gantikan best.
Jadi untuk cuti nie, memula duk rumah je. Hari Selasa semalam baru ke utara destinasi utama Perlis Indera Kayangan. Mula-mula singgah di rumah Kijam di Sungai Petani. Rehat kejap dan sembang-sembang, nie baru kali ke dua sampai di sini. Sampai pun dah dekat waktu makan tengahari jadi dihidangkan la nasi, wah memang langkah kanan betul. Siap ada ikan bakar dengan air asam.
Lepas makan nasi, singgah kejap je di rumah Asiah Ahmat (rakan setugas yang mulai tahun ini dah berpindah mengikut suami ke sini) yang kebetulan berhampiran rumah Kijam untuk tengok baby baru dia Qalesya. Qalesya masa nie tengah tidur jadi tengok kejap je.
Terus ke Kangar, Perlis rumah Abang Nan tujuan utama untuk menziarah Kak Bedah yang menjalani operation pada 17 Januari yang lalu. Petang baru ke hsopital untuk melawat.
Teringat dua tahun lepas ke hospital ini juga bila abah sakit. Banyak jugak perubahan sekarang. Ok ada masa nanti sambung lagi.
No comments:
Post a Comment