Pagi tadi dalam pukul 6.50 am telefon berbunyi dan bila tengok nama pemanggil dari seorang rakan semasa belajar di UUM. Terus terfikir, ehhh... dia nie tersalah dail ke? Takkan call pagi-pagi sebab dia bertugas di KL. Perlahan je bagi salam dan hello... Rupa-rupanya dia berada di Manjung, untuk tugas luar di sebelah Manjung dan Teluk Intan. Terus buat temujanji untuk berjumpa sekejap dalam pukul 10.00 am di pejabat KWSP, Manjung.
Sheena (nama glamour dia, kebetulan masa tue penyanyi Sheena Easton agak famous) junior semasa menginap di Kolej Petronas. Selalu jugak keluar dari Sintok ke Bukit Kayu Hitam dan Changloon atau makan-makan bersama. Teringat masa saya baru grad dan kebetulan ada program di universiti yang perlu diselesaikan, perlu membuat satu report untuk lawatan sambil belajar semasa di semester akhir. Jadi perlu kembali ke UUM dan tiada tempat tinggal jadi tumpang di bilik Sheena. Nasib tak baik, saya kena tangkap sebab saya dikira setinggan di situ. Sheena dan saya kena denda, terus la berjumpa dengan Kak Ani selaku Pengetua Kolej untuk minta dikurangkan denda. Lepas merayu denda dikurangkan. Hrmmm... sampai sekarang tak faham kenapa saya dikenakan denda.....
Ada satu lagi peristiwa ke Changloon bersama-sama sebab teringin untuk makan satay tapi dua-dua duit cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik sahaja. Dah rancang sampai Cangloon akan ke bank untuk keluarkan duit. Tapi apa la malang hari tue ATM tak berfungsi sebab "Out of service". Aiseh... sedih sebab hajat nak makan satay tak kesampaian.. nasib baik kemudian jumpa dengan kawan terus pinjam duit dan ke kedai makan untuk makan satay. Hahaha... those were the days...
Kira dah dekat 18 tahun tak jumpa Sheena dan dia masih tetap comel seperti dulu. Kalau dulu dengan rambut Lady Di dia, cuma sekarang bezanya sudah bertudung dan muka dah agak bulat dan dia siap kata dia dah semakin kembang. Ala... biasa la kan seiring dengan usia. Gembira sangat bila Sheena mahu berjumpa dan bertanya khabar walaupun sekejap sahaja. Insyaallah kalau ada rezeki mungkin boleh berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment