Saturday, December 31, 2011

Makan-makan di Pizza Hut

Salam semua...
Sempena selesai semua kerja-kerja yang begitu mencabar rasanya tahun nie dan Mahmud tolong kemas rumah (hehehe... selama beberapa minggu nie memang tak hirau langsung nak kemas rumah atau masak-memasak) maka hari nie ke Pizza Hut untuk makan-makan.  Jadi cakap kat Mahmud dia nak makan apa pun order la tapi sebenarnya kakak dia yang nak makan cheesy bites pizza, hahaha... lama dah teringin nie baru berkesempatan nak makan.
Order set pizza untuk 2 orang, dan yang mula-mula sampai garlic bread.  Apa lagi terus makan, kejap je dah habis sambil-sambil cicah dengan mushroom soup.


Order jugak seafood lasagna, nie Mahmud yang nak makan.  Tapi kali nie tak jumpa pun seafoodnya.  Udang ada seekor je
Nie dia cheesy bites pizza.  Order yang toppingnya cheese je, kononynya ada 7 jenis cheese.  Best jugak pizza nie kalau suka cheese.
Ada lagi order tambahan, order jugak spaghetti meatballs bologaise.  Nie saya yang nak makan jugak hahaha... sebab hari tue makan rasa macam sedap sangat jadi nak cuba lagi.  Tapi bila fikir balik, bilanya makan-makan yang saya rasa tak sedap. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??