Hari nie baru betul-betul boleh rehat setelah selesai kerja-kerja, 5 hari berulang-alik ke Ipoh. Penat weh... Semalam ingat nak update blog pun tangguh la dulu sebab ngantuk sangat, sampai rumah dalam pukul 6.30 pm pas tue keluar makan, balik dah ngantuk pulak. Apa lagi zzzzzz....
Banyak kerja-kerja tertangguh dan perlu diselesaikan segera sebelum masuk tahun baru dan sesi persekolahan yang baru. Mesyuarat guru hari Khamis yang lalu pun tak dapat hadir kerana ke Ipoh. Apa la kerja-kerja yang menanti di tahun 2012 nie.
Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya, hari nie hari terakhir 2011. Banyak perkara suka duka yang berlaku dan perlu diambil pengajaran sebelum bermulanya lembaran baru 2012. Sangat mengharap tahun 2012 nie akan membawa sinar kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup dan moga dapat menjadi insan yang lebih baik dan dirahmatiNYA. Yang penting usaha untuk memperbaiki diri...
No comments:
Post a Comment