Saturday, December 31, 2011

InsyaAllah - 2012

Salam semua...
Tahun 2011 tinggal tak sampai sejam lagi.  Dah lama tak letak lagu, jadi sempena tahun 2012 yang bakal menjelang tiba, nak letak lagu Insyaallah - Maher Zain.  Lama jugak la kan lagu nie tapi sangat-sangat bermakna liriknya.  Moga kedatangan 2012 membawa seribu rahmat bersamanya InsyaAllah...
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Gelas Retak...

Salam semua...
Masa makan-makan di PH tengahari tadi air yang dihidangkan dalam gelas yang retak.  Hishh... macam mana la diaorang boleh tak perasan.  Orang tau-tua kan pantang minum air dari gelas yang retak.  Jadi terus minta air dan gelas yang baru dari waiter.  Sib baik tak besarkan perkara nie cuma minta dia tukar yang baru.  Kalau tak saman kang hehehe....

Makan-makan di Pizza Hut

Salam semua...
Sempena selesai semua kerja-kerja yang begitu mencabar rasanya tahun nie dan Mahmud tolong kemas rumah (hehehe... selama beberapa minggu nie memang tak hirau langsung nak kemas rumah atau masak-memasak) maka hari nie ke Pizza Hut untuk makan-makan.  Jadi cakap kat Mahmud dia nak makan apa pun order la tapi sebenarnya kakak dia yang nak makan cheesy bites pizza, hahaha... lama dah teringin nie baru berkesempatan nak makan.
Order set pizza untuk 2 orang, dan yang mula-mula sampai garlic bread.  Apa lagi terus makan, kejap je dah habis sambil-sambil cicah dengan mushroom soup.


Order jugak seafood lasagna, nie Mahmud yang nak makan.  Tapi kali nie tak jumpa pun seafoodnya.  Udang ada seekor je
Nie dia cheesy bites pizza.  Order yang toppingnya cheese je, kononynya ada 7 jenis cheese.  Best jugak pizza nie kalau suka cheese.
Ada lagi order tambahan, order jugak spaghetti meatballs bologaise.  Nie saya yang nak makan jugak hahaha... sebab hari tue makan rasa macam sedap sangat jadi nak cuba lagi.  Tapi bila fikir balik, bilanya makan-makan yang saya rasa tak sedap. 

Lembaran Baru...

Salam semua...
Hari nie baru betul-betul boleh rehat setelah selesai kerja-kerja, 5 hari berulang-alik ke Ipoh.  Penat weh...  Semalam ingat nak update blog pun tangguh la dulu sebab ngantuk sangat, sampai rumah dalam pukul 6.30 pm pas tue keluar makan, balik dah ngantuk pulak.  Apa lagi zzzzzz....

Banyak kerja-kerja tertangguh dan perlu diselesaikan segera sebelum masuk tahun baru dan sesi persekolahan yang baru.  Mesyuarat guru hari Khamis yang lalu pun tak dapat hadir kerana ke Ipoh.  Apa la kerja-kerja yang menanti di tahun 2012 nie.
Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya, hari nie hari terakhir 2011.  Banyak perkara suka duka yang berlaku dan perlu diambil pengajaran sebelum bermulanya lembaran baru 2012.  Sangat mengharap tahun 2012 nie akan membawa sinar kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup dan moga dapat menjadi insan yang lebih baik dan dirahmatiNYA.  Yang penting usaha untuk memperbaiki diri...

Sunday, December 25, 2011

Akhirnya...

Salam semua...
Wahhh.... siap jugak akhirnya kerja-kerja rutin akhir tahun. Tunggu untuk mesyuarat yang bermula esok hari sebelum selesai semua sekali. Sebelum nie tak pernah lagi ambil masa begitu lama dan sampai kena minta tolong dari kawan untuk menyiapkan kerja-kerja.  Kira rekod la tahun nie.  Nak kata sibuk berjalan-jalan dan tak buat kerja tak jugak sebab sama je macam tahun-tahun yang lalu.  
Lepas nie boleh la jenguk-jenguk blog dan update balik.  Banyak jugak cerita (kalau nak cerita la kan) tapi tengok la, itu pun selepas selesai semua kerja-kerja.  Ada mesyuarat lagi yang mesti dihadiri, 5 hari pulak tue.  Sebelum semua tue nak rehat-rehat dan tidur-tidur dulu sebab dah berapa lama asyik tido dekat pukul 4.00 pagi.  Tue yang dalam seminggu dua nie rasa macam zombie je. Yahooo.... Alhamdulillah...

Tuesday, December 13, 2011

First Try

Salam semua...
Banyak kali cuba, kali nie baru berjaya. Ish... teruk betul, lepas puas godek-godek, cari-cari baru jumpa.

Monday, December 12, 2011

Hanya Sekejap...

Salam semua...
Ambil kesempatan kejap untuk update blog, lepas balik dari mesyuarat di Ipoh tak berkesempatan langsung untuk berblog, buka komputer pun kejap-kejap je jeling sana sini sat.  Tak boleh nak berlama-lamaan, kena tunggu selesai kerja atau dah reda sikit baru boleh nak berblog atau berfb.  Tapi dalam sibuk-sibuk sempat jugak bercuti sekejap di Perlis dan seterusnya ke Langkawi.  Dan terbengkalai 5 hari kerja, lambat lagi la nak siap.  Lepas nie kena buat kerja dalam gear 5 tak boleh main-main dah.
Nie gambar masa di Langkawi Cable Car.  Nanti-nanti kalau berkesempatan baru nak letak cerita ceriti bercuti di Langkawi.  Tak tau bila tue..  Cepat buat kerja sekarang.... Zzzaaasss...

Saturday, December 03, 2011

Penat..

Salam semua...
Penatnya la tak tau nak cakap macam mana.... 4 hari berulang-alik dari Manjung ke Ipoh untuk mesyuarat.  Heran macam mana ada yang berulang-alik hari-hari kerana kerja di Ipoh dan rumah di Manjung.  Nasib baik la rumah dengan sekolah tak sampai setengah kilometer pun.  Sebelum nie bila mesyuarat untuk beberapa hari selalunya bermalam di Ipoh tapi tahun nie nak cuba berulang alik dan rasanya lepas nie kena bermalam di Ipoh la.  Tak larat nak berulang-alik setiap hari walaupun bergilir-gilir bawa kereta dengan Gie. Penat oooo....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??