Salam semua...
Tadi lepas sekolah macam biasa bila hari Jumaat akan keluar jalan-jalan untuk makan-makan dan shopping. Suka pegi hari Jumaat sebab selalunya orang tak ramai sangat tambahan orang lelaki kan ke masjid untuk solat Jumaat. Lagi pun kalau pegi shopping esok - Sabtu nanti tak dapat beg plastik pulak, nak buang sampah susah gak. Hehehe.... selalunya beg plastik shopping nie gunanya untuk isi sampah la. Bukan tak ada beg plastik sampah yang hitam tapi besar sangat pulak. Sampah bukan banyak sangat, (tue tandanya jarang-jarang masak). Huhuhu...
Ok hari nie pegi ke Tesco Manjung dan wah.... rupanya dah ada Big Apple Donuts kat situ. Rasanya baru tak sampai 2 minggu tak pegi Tesco dah pun ada Big Apple Donuts. Hai terus singgah dan beli 6 ketul donut. Hisshhh abis... yang nak kata diet pun terbang hari nie. (Tapi selalu pun diet terbang je... hehehe)
Lepas nie apa pulak nak ada di Manjung kalau ada kedai makanan Jepun, atau steak ke best jugak.
No comments:
Post a Comment