Salam semua...
Sekarang ramai yang memiliki insuran tak kira la insuran hayat, medical, pendidikan dan macam-macam lagi. Tahun lepas dalam bulan April ada satu kumpulan agen insuran nie datang ke sekolah, selain untuk dapatkan keahlian satu koperasi diaorang nie jugak jual insuran. Sebab memikirkan hari tua... dan sebab tak de insuran yang cover untuk hospital jadi saya pun masuk la satu skim nie. Siap kena bayar RM300.00 lebih lagi, tapi tue la lupa berapa sebab dia tak bagi resit pembayaran. Dari sini la masalah timbul.
Dari bulan April sampai November saya tak dapat apa-apa surat pun, polisi insuran lagi la.... Bila komplen tak de sapa pun yang ambil peduli.. Sekali dua call, ok boleh sabar lagi tapi bila dah masuk kali ketiga dan mula cakap meninggi suara dan marah-marah baru la diaorang nak siasat. Yang agen nie pun nak kata apa ye??? mangkuk ayun ke??? Call tak pernah jawab bila dah call office dia komplen baru la dia angkat bila fon... Ada ke dia baru nak proses bila saya call dan marah-marah. Dah ambik duit pelanggan pastue boleh buat derk je, tak tengok insuran tue dah diproses dan berjalan atau tidak. Memang la kita nak tolong orang kita sebab tue ambil dari mereka tapi.... hampeh....
Lepas tue nak macam-macam yang dulu dah pun diberi, slip gaji, salinan ic haisshhh.... yang dulu bagi nampak sangat dia tak simpan atau dia campak ke mana entah. Dan polisi saya bermula Mac 2011 sedangkan masuk mula-mula April 2010, setahun baru berjalan. Masalah satu lagi pulak bila saya tak terima polisi saya sampai ke hari nie dah bulan Julai, memang dia dah pos tapi pakai alamat kampung saya yang tak ada orang jadi dah diserah kembali. Dah call agen mula-mula kata akan hantar tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Jadi ambil keputusan nak terminate je polisi insuran nie. Jadi tadi ke Taiping untuk terminate insuran nie dan alhamdulillah pejabat insuran cawangan Taiping sangat membantu dan tidak banyak karenah. Serik pula nak beli dari orang kita kalau jadi macam nie... Mula-mula dapat bercakap dengan agen saya memang nak terminate dah tapi dia kata tolong la dia nanti reputation dia buruk.... Tapi dia tak nak bantu diri sendiri...
No comments:
Post a Comment