Monday, August 27, 2012

Aidil Fitri Yang Penuh Warna Warni

Salam semua..
Lama jugak tak update sebab ada masalah dengan connection ke internet melalui komputer nie.  Bila balik untuk bercuti adik dah bagi tau dia akan bawa P1 dia ke kampung, so ok alhamdulillah nanti boleh la nak update blog ke berfb atau twitter.  Tapi nan hado.... Entah kenapa komputer nie tak dapat internet access dengan P1 tue, hp boleh pulak... sib baik kalo tak, tak de la connected to the cyber world sepanjang cuti raya hehehe..

Tak banyak sangat yang boleh diceritakan tentang hari raya tahun ini. Seperti tahun-tahun yang sudah, tanpa Emak dan Abah, hari raya memang sangat terasa hambar.  Yang seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa dengan adik-beradik kembali.
Sayu rasanya bila kembali ke kampung dengan rumah yang kosong.  Teringat bila Emak dan Abah masih lagi ada, bila anak-anak balik bertapa gembiranya mereka kerana jelas tergambar di muka dan wajah mereka.  Kalau ada yang berjanji untuk balik dan belum sampai, maka mula bibit-bibit kerisauan bermain di wajah. Dan Emak kejap-kejap akan berkata, bila diaorang nie nak sampai, kata sampai petang nie.... Abah pulak akan berkata tak lama lagi sampai la tue untuk menenangkan hati Emak....  Sayu rasanya hati bila mengenangkan semua ini. Rindu pada mereka tak dapat nak diungkapkan... Semoga Emak dan Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..

Nasib baik masih ada lagi adik-beradik yang masih mahu meraikan Hari Raya bersama-sama walaupun tidak serentak, tapi pertemuan yang walaupun sekejap tapi penuh bermakna.  Pelbagai peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang Ramadhan dan Syawal kali ini, tue yang Aidil Fitri kali ini memang penuh warna warni.  Nanti la ada masa insyaallah akan diceritakan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??