Tuesday, August 23, 2011

140 - Berbuka Dengan Kawan Yang Akan Berhijrah

Salam semua...
Nampaknya bila buka sekolah selepas hari raya nanti akan kehilangan seorang rakan sejawatan yang akan berpindah nun jauh di Kuching, Sarawak.  Azalillah pun tak sangka tiba-tiba dapat panggilan dari BPTV sama ada dia masih mahu bertukar ke Sarawak atau tidak setelah permohonannya untuk berpindah bulan Jun lalu gagal.  Nampaknya rezeki dia untuk berjalan jauh ke sana dan kebetulan memang emak Azalillah memang orang sana.  Lepas nie boleh la bercuti ke Sarawak dah ada kawan di sana untuk bawa berjalan-jalan.
Minggu lepas bila dia terima surat untuk bertukar, maka ajak Azalillah dan Maznah keluar untuk berbuka puasa.  Nie pun cerita lama minggu lepas pada hari Rabu. Mula-mula bercadang untuk berbuka di buffet steamboat, tapi bila sampai dah full house sebab tak booking dulu jadi terus makan di restoran makanan siam je.
 Antara makanan yang diorder cendarawan goreng.
 Daging masak merah
Tom yam campur.
Kerabu mangga dan order jugak ikan siakap stim dan telur bistik tapi ikan dan telur tue lupa nak ambik gambar sebab masa tue dah lapar dan terus makan je bila sampai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??