Friday, March 01, 2013

Mac Sudah Tiba

Salam semua...
Dah masuk bulan Mac 2013 pun... Banyak kekangan kerja dan diri sendiri yang menyebabkan blog lama tidak diupdate.  Di bulan Februari baru nie bermacam-macam perkara berlaku yang menjadi penghalang.  Mula dengan satu bengkel di Port Dickson kemudian cuti Tahun Baru Cina.  Dalam cuti tersebut pulangnya Kijam ke rahmatullah. Saya jugak terlibat dengan satu kemalangan kecil, nasib baik tidak ada apa yang serius berlaku.. (nanti nak buat satu entry tentang kemalangan nie).   Balik je ke sekolah dapat surat untuk mesyuarat di Sepang pulak,  Tue la banyak perkara berlaku di  bulan Februari dan kini dah masuk bulan Mac.  Jadi harapnya bulan Mac ini akan membawa berita gembira dan kehidupan yang lebih teratur.
Jadi untuk hari Jumaat nie, marilah kita sama-sama memohon kepadaNYA supaya kita dapat menjadi hambaNYA yang lebih baik dari hari-hari semalam.  Aamiin..

Sunday, February 17, 2013

Kijam - Kami Akan Merinduimu...

Salam semua...
Hari nie 17 Feruari 2013, hari lahir untuk dua orang adik saya yang lebih dikenali dikalangan keluarga dengan gelaran Kijam dan Kijai.  Tapi sambutan dan ucapan untuk hari lahir mereka kali ini tidak sama lagi seperti tahun-tahun yang lepas.  5 hari yang lepas pada 12 Februari 2013, hari Selasa Kijam pulang ke rahmatullah.  Sesuatu yang sangat mengejutkan bagi kami sekeluarga apatah lagi bagi keluarga Kijam sendiri.  Sedih mengenangkan 4 orang anak Kijam yang masih kecil dan belum mengetahui erti sebenarnya kehilangan ayah mereka.

Semasa Kijam, Kijai dan Mee masih kecil, emak dan abah akan belikan sebiji kek dan goreng bihun untuk sambutan hari lahir mereka. Mee pula tarikh lahirnya 10 Februari, sebab tue makan-makan untuk hari lahir mereka nie dibuat sekali.  Gambar bawah nie gambar Kijam sekeluarga semasa mereka datang ke Manjung dan dibawa ke Teluk Batik pada 1 Jun 2012.  Kecil lagi anak-anak Kijam mereka sudah kehilangan ayah mereka.
Semoga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas roh Kijam, emak dan juga abah.  Dan ditempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.  Al Fatihah.

Thursday, January 24, 2013

Selalulah Positif

Salam semua...
Agak sibuk sekarang nak update blog pun rasanya tak sempat. Tue yang cerita masa jalan-jalan ke Medan pun tak sempat nak tulis dan letak gambar. Cerita masa cuti lagi la tak sempat nak tulis. Tambah cerita pun tak la interesting sangat kan.  Tengok la kalo ada masa dan kerajinan ada la nanti ceritanya, kalo tak simpan dalam lipatan sejarah sendiri je la.

Ok nie ada kata-kata yang boleh dijadikan motivasi dan panduan hidup dalam menjalani kehidupan sehari-hari, ambik kat satu fb. Kita jangan terlalu kecewa dan sedih bila diuji dengan pelbagai ujian, cabaran dan kegagalan.  Sebab selalunya disebalik semua itu akan datang kejayaan, kegembiraan dan kebahagiaan.  Cuma sebagai seorang insan kita tak tau bila semuanya akan berakhir dan munculnya cahaya yang dinanti-nanti.  Jangan lupa berdoa dan memohon dariNYA kerana DIA lah yang maha mengetahui dan perancang terbaik untuk segalanya.

Sunday, January 20, 2013

Langsir Baru

Salam semua...
Banyak peristiwa penting berlaku di bulan Januari.  17 Januari 2013 baru ini genaplah 10 tahun saya berpindah ke rumah yang saya tinggal sekarang. Dah lamakan... Alhamdulillah. Hujung tahun lepas semasa menemankan Belkies menempah langsir untuk rumahnya, saya pun ambil peluang untuk menempah langsir. Dah 10 tahun, ini baru la kali kedua saya menempah langsir.  Yang pertama tue ditempah semasa mula-mula nak masuk rumah lepas tue tak pernah tempah sampai la yang nie.
Atas nie sliding door, langsir yang ditempah nie simple je senang, sedondon dengan tingkap yang memang terletak bersebelahan pintu.  Kali nie warna yang dipilih berwarna coklat.

Tingkap dapur pun ubah dan buat yang simple jugak, lurus je dan ada riben. comeikan... hehehe...
Yang last sekali nie saja la nak tunjuk jugak langsir bilik.
Lepas nie tak tau la bila pulak nak buat langsir baru.  Mungkin 10 tahun lagi kot...

Saturday, January 19, 2013

Dari Kejauhan Yang Hampir

Salam semua...
Hari nie Sabtu, jadi antara aktiviti yang dirancang hari nie adalah mengemas bilik buku atau library yang dah lama tak dikemas apa tah lagi sapu dan mop lantainya., habuk tak tau la nak cakap berapa inci tebalnya.   Sambil-sambil tue asing-asingkan juga buku dan kertas-kertas yang rasanya tak diperlukan lagi untuk di kitar semula atau senang cakap dibuang.  Sambil tue tengok-tengok jugak buku dan kertas yang hendak dibuang tue dan terjumpa la sajak-sajak lama yang disimpan dari masa belajar di ITM lagi.  Bukan saya la yang karang tapi seorang senior iaitu OC saya masa Minggu Orientasi, lupa dah nama dia. Tapi suka sangat sajak nie tue yang sampai sekarang simpan.  Sajak nie tentang secret admirer yang selalunya dekat dengan kita tapi tak pernah bersembang dan bercakap pun sebab kita je yang suka kan dia, dia tak tau pun.. Hahaha... biasa la masa zaman belajar dulu mesti ada SA nie.... Z, S masa ITM, S, J, F masa UUM hahaha....

Dari Kejauhan Yang Hampir
dari kejauhan
aku hanya mampu melihat
tanpa sepatah kata
kerana kita terlalu jauh
walaupun sebenarnya hampir

dari kejauhan
aku ingin berbicara denganmu
tapi kita terlalu jauh
walaupun sebenarnya hampir
hanya terpisah oleh detik rindu

dan dari kejauhan ini juga
kulaungkan ucapan
yang bergelombang di hati
bisu pada kata
tapi kita terlalu jauh
walaupun sebenarnya hampir

juga dari kejauhan ini
aku sentiasa mengenangimu
dan aku juga tahu
segala kisah dan cerita
walaupun kita terlalu jauh
tapi sebenarnya kita juga terlalu hampir
sekadar tak terdaya menghapuskan rindu

ketahuilah
bicara ini lahir
dari kejauhan yang hampir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??