Hari nie 17 Feruari 2013, hari lahir untuk dua orang adik saya yang lebih dikenali dikalangan keluarga dengan gelaran Kijam dan Kijai. Tapi sambutan dan ucapan untuk hari lahir mereka kali ini tidak sama lagi seperti tahun-tahun yang lepas. 5 hari yang lepas pada 12 Februari 2013, hari Selasa Kijam pulang ke rahmatullah. Sesuatu yang sangat mengejutkan bagi kami sekeluarga apatah lagi bagi keluarga Kijam sendiri. Sedih mengenangkan 4 orang anak Kijam yang masih kecil dan belum mengetahui erti sebenarnya kehilangan ayah mereka.
Semasa Kijam, Kijai dan Mee masih kecil, emak dan abah akan belikan sebiji kek dan goreng bihun untuk sambutan hari lahir mereka. Mee pula tarikh lahirnya 10 Februari, sebab tue makan-makan untuk hari lahir mereka nie dibuat sekali. Gambar bawah nie gambar Kijam sekeluarga semasa mereka datang ke Manjung dan dibawa ke Teluk Batik pada 1 Jun 2012. Kecil lagi anak-anak Kijam mereka sudah kehilangan ayah mereka.
No comments:
Post a Comment