Tuesday, July 17, 2012

JJCM Di Restoran Tasik Raban

Salam semua...
On the way balik ke Manjung selepas selesai program CBS di SMT Gerik, singgah di Restoran Tasik Raban.  Masa on the way ke Gerik lalu di restoran nie dah pukul 3.00 petang, jadi dah target balik nanti mesti singgah untuk makan tengahari {:1_530:}{:1_530:}.
Kat mana restoran Tasik Raban nie? Senang saja. Kalau datang dari Kuala Kangsar ke Gerik restoran nie terletak  lebih kurang 30 ke 35 kilometer cam tue la, restoran nie di sebelah kanan.  Restoran Tasik Raban nie kalau tak salah ada 3 cawangan dan 2 terletak di Ipoh.  Kalau yang terletak dekat dengan stadium tue pernah la makan di situ tapi yang dekat Lenggong, nie la first time cuba.  Sebelum nie tengok dan lalu je tak pernah singgah.
Ruang makan agak besar sebab tue la walaupun banyak kereta, tempat duduk mesti ada.  Ok kita tengok apa lauk pauk yang dihidangkan.  Gambar atas nie  antara masak lemak yang ada seperti masak lemak pisang, rebung, ikan keli, tempoyak ikan patin dan macam-macam lagi jenis.  Pilih je mana suka.
Pilihan sayur-sayur kampung sampai tak tau nak pilh mana satu.
Nie di kaunter satu lagi ada ikan goreng, masak sambal dan macam-macam lagi.
Yang nie pulak bahagian ulam-ulaman. Ada terung bakar, peria, jering, timun, pucuk paku celur dan lain-lain lagi,  tapi rasanya Restoran Silaturahim di Teluk Muruh, Lumut lagi banyak jenis ulam-ulamnya.   Di samping ulam-ulam nie ada tempoyak, sambal belacan, budu.  Memang best.  Tambah tempoyak tue fresh wah lagi la best..
Yang nie la kenapa orang ramai singgah di restoran nie.  Ikan bakar yang istimewa dengan sos atau sambal yang diletak di atas ikan tue.  Ikan yang ada di hari Ahad tue ikan talapia dan ikan kaloi yang tinggal 2 ketul saja.  Harga  berdasarkan berat ikan dan harga dalam lingkungan RM 26 ke 45.  Lagi besar ikan yang dipilih lagi mahal la harganya.
Lepas pilih, ikan akan dibakar semula dan diletak sambal di atasnya.  Semerbak aroma ikan bakar.
Pilih ikan kaloi sebab ikan talapia dah pernah makan.  Sambal tue memang sedap, cuma ikan yang dipilih nie besar jadi isinya agak liat.  Apa pun memang berbaloi la dengan apa yang dibayar.  Memang sedap, lain kali boleh singgah lagi.

Monday, July 16, 2012

CBS KV/SMT/SMV Di SMT Gerik

Salam semua...
Bermula dari 13 - 15 Julai 2012 bermula Program CBS yang dijalankan di SMT Gerik diwakili oleh 6 pelajar untuk setiap subjek dari setiap KV, SMT dan SMV di Perak semua sekali ada 10 sekolah.  Pelajar diambil dari mereka yang cemerlang dalam subjek tertentu dengan harapan apa-apa input yang mereka dapat dalam program ini akan dapat disampaikan kepada rakan-rakan mereka bila balik ke sekolah masing-masing.  Kira jadi mentor atau fasilitator untuk subjek yang mereka wakili.
Nie semasa slot pertama untuk subjek sejarah yang bermula pukul 8.00 pagi di Bilik Seminar.  Bila pelajar-pelajarnya antara yang terpilih jadi tidak ada masalah semasa seminar teknik menjawab sejarah SPM sedang dijalankan.
Mungkin belum mengenali rakan-rakan dari sekolah lain jadi mereka semua memberi tumpuan kepada apa yang diterangkan.
Oh ye untuk CBS nie mata pelajaran yang terlibat adalah BM. BI, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Matematik dan Matematik Tambahan. Setiap sekolah perlu menghantar seorang guru  dan 6 pelajar untuk setiap subjek.
Cikgu Sirus dari SMT Gerik memulakan sesi pertama dan kemudian baru sambung untuk selesaikan slot yang pertama.  Kerjasama dari cikgu-cikgu semua menjadikan program kali ini lebih baik dari yang lepas.  Bahan-bahan P&P juga lebih berkualiti.
Semoga pelajar-pelajar mendapat manafat dari program ini dan seterusnya GPS sekolah dalam SPM juga dapat ditingkatkan.  Insyaallah.

MC Hari Nie...

Salam semua...
Lepas ke hospital, dapat MC hari nie (nie MC yang betul ye bukan tipu punya).  Sedikit sebanyak lega sebab tak payah nak berdepan dengan Jemaah Nazir yang sedang berkampung di sekolah.  Tapi sebelum tue dah make sure semua kerja-kerja saya yang perlu disiapkan beres dan diberi kepada unit tertentu untuk diisikan di dalam fail.  Fail unit pun telah disiapkan dan dihantar ke Bilik Kualiti pagi tadi. Semalam memang nie je la kerjanya, itu pun nasib baik semua bahan dah ada cuma perlu diupdate sahaja.
Apa pun esok bila ke sekolah Jemaah Nazir masih ada lagi... Hrmmm....

Saturday, July 14, 2012

Daging Rusa, Anyone???

Salam semua...
Masa ke Gerik dua minggu yang lalu seorang kawan yang pernah tinggal dan orang rumahnya pun orang Gerik bagi tau ada kedai menjual daging rusa tak jauh dari tempat penginapan.  Jadi bila ke Gerik sekali lagi untuk Program CBS pegi ke kedai tersebut untuk melihat samada ada atau tidak daging tersebut.  Balik dari pasar malam singgah di kedai Gerik Frozen nie, dan diberitahu memang ada dan kalau nak kena order sebab daging baru je sampai. dan sangat fresh.
Cuba tengok apa ada dalam kotak di bawah? Bila dengar saya tanya tentang daging rusa, seorang pakcik nie tunjuk apa yang ada dalam bilik dingin beku di kedai tersebut.  Nampak tak telinga dan tanduk rusa? Bukti bahawa daging tue sangat fresh.  Kedai nie jual daging rusa nie dengan harga RM 55.00 sekilo.  Wow... boleh tahan harga dia...
Sebelum balik ke Manjung singgah dulu di kedai nie untuk mengambil daging rusa yang dah diorder dan rupanya dia jual daging bersama-sama dengan tulang dan dah siap di pek sekilo-sekilo.  Hrmmm.... masak apa yang sedap ye?  Nanti nak google la resepi yang simple-simple.  Goreng pun sodap kan....

Thursday, July 12, 2012

Pemantauan

Salam semua...
Minggu depan Nazir nak datang melawat seminggu, alamak.... :sweat3::sweat3::sweat3: .  Sesiapa yang bergelar guru mesti tak suka bila dapat khabar berita nie kan dan hanya guru yang tau kenapa.  Jadi biasa la bila ada pemantuan dari mana-mana pihak maka akan sibuk la cikgu-cikgu dengan kerja-kerja ad hoc yang perlu diselesaikan segera.  Phewww... rasanya tahun nie banyak betul pemantauan yang dijalankan.  Sekejap pihak tue, kemudian pihak nie pulak.  Rasanya baru dua minggu lepas pemantauan dari pihak BPTV.  Sejak sekolah jadi KV rintis, tue la semua nak datang tengok keberkesanan perjalanannya.  Ok sudah la berblog dan berfb cepat siapkan fail.....  {:1_506:}{:1_506:}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??