Sunday, October 30, 2011

199 - Entry Bernombor

Salam semua...
Masa mula buat blog nie saja letak nombor entry konon nak senang tau dah berapa entry yang dimasukkan.  Tapi tak sangka boleh sampai dekat entry ke 199.  Ingatkan akan berkubur macam blog-blog terdahulu tak pernah sampai 200 pun. Hehehe... kira okay la kali nie.  Tapi lepas nie bila masuk entry ke 200 dan seterusnya insyaallah tak nak letak nombor entry dah...  Minta-minta still boleh bertahan blog nie..

Entry kali nie tak de apa saja nak letak satu famous quote yang diambil dari mana lagi kalau tak fb.

Saturday, October 29, 2011

198 - Terengganu Ke Juara Piala Malaysia Tahun Nie?

Salam semua...
Malam nie 29 Oktober final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung antara Terengganu bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam pada jam 8.45pm. Kepada peminat bola sepak yang tak nak bayar RM50 (kan baru nie harga tiket naik dan ramai membangkang) boleh menonton live Trengganu vs Negeri Sembilan di tv mesti ada live kan.
Tadi ke Jalan Raja Laut dan jumpa banyak bas dan orang Terengganu di sekitar kawasan tersebut.  Mungkin baru sampai dan singgah shopping di situ sementara menanti waktu perlawanan bermula.  Boleh menang ke Terengganu malam nie?  Dari cakap-cakap ramai mengatakan Terengganu ada harapan untuk jadi johan tapi bola tue bulat kan... Jadi kita tunggu je la perlawanan malam nie.
Tak nampak pun bas atau bendera penyokong Negeri Sembilan di sekitar kawasan Jalan Raja Laut dan TAR mungkin sebab dekat jadi boleh terus ke stadium.  Sapa menang ye???

197 - Perjalanan Bermula...

Salam semua...
Nak update tapi sibuk pulak ke Kota Warisan dan dengan beberapa hal yang tak dapat dielakkan.  Ok kali nie buat mukadimah je la nanti bila ada masa citer lagi.  Tau tak de orang baca pun tapi saja la seronok nak coret dan cerita ceriti di sini.
Cuti kali nie dirancang dengan cepat tak sampai 2 bulan pun.  Mula dengan cakap-cakap kemudian terus on dan Kijai mula tempah tiket Air Asia dan baru dalam dua minggu lepas baru confirm dengan hotel.  Destinasi kali nie ke Hong Kong.  Tapi biasa la perjalanan orang yang budget ciput jadi kena baca sana sini dulu dan cari seberapa banyak informasi sebelum mulakan perjalanan.  Cari maklumat sendiri, mana nak pergi, di mana, caranya dan sebagainya.  Perjalanan 5 hari 4 malam yang rasanya sangat seronok tambahan lagi kalau banyak duit.

Kena ambil satu hari CRK iaitu pada 22 Oktober 2011 sebab hari tue sekolah ganti sempena Deepavali dan penerbangan pada pukul 7.05 am hari tue.  Nasib baik cuti diluluskan.  Pheew... mula-mula ingatkan sepanjang minggu tue cuti, tapi tak pe la satu hari je CRK.
Kali nie tak boleh jadi jutawan macam ke Indonesia tukar RM1000.00 pun dah jadi jutawan tapi kali nie biasa je la sebab bila RM 1000.00 ditukar ke Hong Kong dollar dapat dalam lebih kurang HK$ 2526.30.  Duit HK nie pun ada macam-macam design.  Perjalanan bermula lebih kurang pukul 4.30 am dari Bandar Seri Permaisuri ke LCCT di Sepang. Sib baik BIL - abang Paizin sudi hantar ke LCCT di pagi yang dingin tue.  Jadi sempat breakfast dulu di situ sebelum check-in.

Bila sampai je di Hong Kong station, terus beli Octopus card nie untuk senang ke mana-mana dengan MTR, bas, tram atau nak beli air di 7eleven atau di Mc Donald.  Banyak kegunaan kad nie.  Jadi sepanjang 5 hari di HK kad nie sangat berguna.  Ok la sambung kemudian nie nak jalan-jalan ke Jalan TAR pulak hehehe....

Thursday, October 27, 2011

196 - Dah Balik Pun...

Salam semua...
Cuti berblog beberapa hari dan ada banyak benda nak tulis di sini.  Tapi.. tue la rajin ke nak tulis semua tue?  Insyaallah akan cuba coret di sini apa yang patut saja la sebagai kenangan. Tidak sempat nak update sebab pegi bercuti dan baru pagi tadi dalam pukul 3.00 pagi sampai di KL rumah adik.  Penat tak payah cakap la sebab sepanjang lima hari tue memang sangat banyak berjalan.
Seminggu nie cuti sekolah sempena Deepavali dan ada kerja menanti, apa lagi kalau tak memeriksa kertas peperiksaan pelajar. Kena buat pelan-pelan, janji siap on time dan orang tak marah...  Ok la nanti entry yang akan datang akan cerita sket tentang percutian yang memang sangat best baru-baru nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??