Tuesday, September 30, 2014

Main Masak-masak

Salam semua...
Nie citer main masak-masak hari Ahad, 28 September 2014 baru nie tapi baru nak coret di dalam blog nie... hari Selasa dah pun.  Ye la bila dah lama tak menulis, susah sikit nak keluar idea.  Jadi kita mula dengan coret pasal masakan la.  Tak tau la pulak lepas nie 5 bulan lagi baru nak coret apa-apa lagi hehehe....

Adik yang bongsu datang ke rumah hari Ahad baru nie dan pagi tadi baru balik semula ke rumahnya di Kota Warisan sebab dia standby awal pagi esok, sebab tue balik awal katanya.  Hari Raya Aidil Adha nie dia tak cuti sama jugak masa Hari Raya Aidil Fitri kena kerja.  Jadi kononnya nak masak something special la... tapi special ke???
Menu biasa-biasa je, tapi akak pagi-pagi lagi dah ke dapur untuk masak-masak.  Jadi menu hari Ahad tue sambal ikan bilis dengan petai.  Petai nie beli minggu lepas lagi sampai 2 ikat sebab penjual di pasar Manjung tue jual murah RM3.00 untuk 2 ikat sebab dah nak kecut petai-petai tue.  Walau bagaimana pun rapat-rapat buahnya, tapi  rupa ada orang dalamnya, tue yang dia nak cepat habis stok.  Hrmmm...
Masak jugak ketam masak lemak cili apa.  Ingat nak letak nenas tapi malas pulak nak keluar beli...  Ketam nie pun beli minggu lepas di Kampung Sitiawan hehehe... masa beli tue ketam nie baru je naik dari bot nelayan dan tengah gerak-gerak lagi.

Mesti ada sayurkan jadi masak kacang buncis dengan capsicum goreng je.  Ok la tue nie kira banyak dah lauk pauknya.
Kemudian buat jugak sambal nie tak tau la nak nama apa.  Belajar buat dengan Belkies, dia panggil sambal medan. tapi tak la sesedap air tangan Belkies.  Bahan-bahannya cili merah, cili api, bawang merah dan putih, tomato dan belacan. Goreng bahan-bahan tue dan kemudian tumbuk dan perah limau.
Ok sambal tue untuk cicah dengan tempe dan jugak terung goreng.  Ada jugak timun tapi lupa nak ambil gambar.  Ok tue la menu yang disediakan hari Ahad baru nie.  Petang tue masak pulak rendang ayam dan rebus ketupat plastik.  Kesian pulak nanti raya Boboy tak cuti jadi tak dapat nak makan ketupat rendang.  Tapi lupa la nak ambil gambar ketupat dan rendang tue..... abis dah pun.
Alhamdulillah...  Moga tak sampai 5 bulan untuk entry seterusnya hehehe...

Saturday, September 27, 2014

Nak Buat Apa....

Salam semua...
Sakitnya hati, marah, sedih dan macam-macam lagi rasa bila kena tipu hidup-hidup. Memang dah syak tapi kena hadap jugak nampaknya... bila la nak berubah dan insaf.  Apa pun sentiasa doakan yang terbaik.

Monday, September 22, 2014

Salam semua...
Tiba-tiba buka blog dan teringin nak update blog yang dah lama ditinggalkan...

Thursday, February 20, 2014

Hujan Rahmat Di Bumi Manjung

Salam semua...
Setelah hampir dua bulan ehhh... ke sebulan lebih rasanya tak hujan, hari nie dengan lebatnya hujan turun. Alhamdulillah syukur sebab cuaca memang sangat panas sekarang.  Dalam pukul 3.00 petang tadi, dalam perjalanan ke SK Dato Ishak, Teluk Muruh, Lumut memang dah nampak langit mendung dan gelap seperti hujan akan turun.  Sebelum sampai di destinasi yang dituju hujan turun dengan lebatnya.
Tujuan ke SK Dato Ishak dengan beberapa orang rakan adalah untuk melihat tapak pameran untuk Program Karnival Profesor Turun Padang Perak 2014 yang akan berlangsung selama dua hari dari 21 - 22 Februari 2014.  KVSM diberi satu khemah untuk diadakan pameran promosi, inovasi dan jualan barang-barang dari School Enterprise.
Bila sampai di padang sekolah memang telah siap khemah-khemah pameran dan pentas tapi padang memang dipenuhi dengan air.  Macam mana la kalau esok bila program berlangsung hujan turun habis la barang-barang pameran.
Khemah di mana kereta Savvy parking tue la tapak pameran untuk KVSM.  Hrmmm... macam mana la besok kalau hujan tidak berhenti?
Setiap khemah disediakan 2 meja dan 4 kerusi. Selepas lihat khemah yang diperuntukan untuk KVSM maka nak buat apa pun tak boleh sebab hujan lebat sangat, jadi terus je balik semula ke kolej.  Semoga esok dan Sabtu hujan tidak selebat hari ini, jika tidak pasti program yang telah dirancang akan tergendala di sana sini.

Masa taip entry nie hujan turun dengan lebat di Manjung bermula dalam lebih kurang pukul 8.00 malam tadi dan masih lagi lebat sekarang.  Alhamdulillah... syukur ya Allah atas rahmat dan kurniaMu. Amin...

Tuesday, February 18, 2014

Hobi Baru - Handmade Birthday Card

Salam semua...
Masa zaman remaja dahulu satu hobi yang sekarang sudah sangat jarang dilakukan adalah mengumpul kad. Tambah sekarang ramai yang guna kad online atau maya sahaja jadi kad pun dah tak laku kot... Contoh kad birthday, get well, good luck dan apa saja kad yang gambar atau corak di hadapannya cantik dan menarik dipandangan mata dan kata-kata yang menarik di dalamnya akan dibeli dan simpan.  Jadi kad-kad dari syarikat seperti American Greetings, Hallmark dan lupa dah nama syarikat pengeluar kad yang famous dulu-dulu sering dicari bila ke supermarket.

Sekarang entah dekat mana la menghilangnya kad-kad tersebut.  Sebab suka sangat kad-kad nie,  tak dihantar pun kepada sesiapa, saja untuk simpanan sendiri saja.  Bila tak cukup duit untuk beli kad untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan maka bermulalah hobi membuat kad, dan satu lagi buat frame gambar.  Agak banyak frame yang dibuat dan semasa berpisah dengan rakan-rakan terutama semasa di ITM, Shah Alam frame gambar nie merupakan buah tangan untuk rakan-rakan sebagai tanda kenangan.  Kad pulak dibuat semasa sambutan harijadi dan Valentine's Day.  Zaman tue masih lagi zaman jahililliah, jadi sambutan untuk perayaan tue memang agak meriah. :mad::mad::mad:
Hujung tahun lepas masa blogwalking, terjumpa satu blog yang ambil upah buat kad.  Jadi tetiba je timbul minat untuk buat kad kembali.  Tambahan awal Januari adalah hari lahir yang dinanti-nanti.  So cuba-cuba untuk buat kad balik.  Siap pegi Daiso, Popular dan kedai-kedai kraftangan untuk cari bahan-bahan untuk buat kad nie.  Kertas dan fancy paper memang dah sedia ada sebab dari dulu memang selalu beli untuk kegunaan sendiri. Buka juga youtube dan google contoh-contoh handmade card.  Jadi yang atas berwarna biru nie la hasilnya.  Ok tak? Buat permula rasanya ok la kan.. sebab nie kad pertama selepas sekian lama tak buat kad, memang senget dan tak kemas sikit sana sini.
Bentuk love di belah depan tue ambil masa sikit sebab perlu disusun bintang-bintang kecil tue satu persatu. Belon-belon tue pulak jenuh jugak la kena tengok dua tiga kali cara nak lipat kertas. Dah lama tak buat kerja-kerja kraf tangan jadi memang dah keras tangan nie...  Ayat dalam kad ini tanya je kat pakcik google.  Jumpa yang menarik terus print dan tampal je.  Nak reka sendiri kata-kata rasanya tahun depan pun tak siap kot.

Ok yang nie pulak envelope untuk kad tersebut.  Pilih warna biru sebagai tema untuk kad sebab tau penerima memang minat dengan warna tersebut hehehe....  Harap penerima sudi la terima kad yang tak seberapa nie.  Dah bagi by hand je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??