Monday, August 06, 2012

Tazkirah Ramadhan - Bersyukurlah

Salam semua...

"Aku tidak selalu mendapat apa yang aku sukai, oleh kerana itu aku selalu menyukai apapun yang aku dapat"

BERSYUKURLAH!

✿ Bersyukurlah bahawa kamu belum sedia memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan, seandainya sudah, apa lagi yang harus diinginkan?

✿ Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu, kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.

✿ Bersyukurlah untuk masa-masa yang sukar, di masa itulah kamu berusaha.

✿ Bersyukurlah untuk keterbatasanmu, kerana itu memberi kesempatan untuk berkembang maju.

✿ Bersyukurah untuk setiap rintangan baru, kerana itu akan membangunkan kekuatan dan karaktermu.

✿ Bersyukurlah untuk kesilapan yang berlaku, kerana itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.

✿ Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih, kerana itu kamu telah membuat suatu perbezaan.

♥ Temukan rasa bersyukur atas masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi berkah bagimu ♥

InsyaAllah... --<✿

Hari Nuzul Al-Quran

Salam semua...
Hari nie 17 Ramadhan cuti sempena Nuzul Al-Quran.  Kita tengok jugak sejarah dan peristiwa nuzul Al-Quran yang diambil dari sini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraanMalaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sunday, August 05, 2012

Berbuka di Tanjung Harapan

Salam semua...
Ok nie satu lagi entry berbuka puasa.  Hari terakhir di Shah Alam tue, berbuka di Medan Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan dekat Pelabuhan Kelang.  Wah... ada kawan yang datang untuk belanja berbuka.  Alhamdulillah... Orang kata rezeki jangan ditolak kan...
Kira nie first time sampai di sini.  Bole la pegi lagi lain kali kalau berkesempatan nanti, haaa tue ada pun no telefon untuk booking.
Masa sampai matahari dah tinggal sikit je, cuba tengok gambar kat bawah nie.
Makanan yang sampai dulu sayur kangkung nie, padahal nie la yang order last sekali. Rasa kira bole je la, tak la marvellous sangat.
Nie kat bawah sotong celup tepung.
Beza sikit kat sini sebab sotong celup tepung nie cicah dengan sambal yang agak pekat,  Selalu sos cili cair je kan.  Kira something different, ok sangat.
Order jugak ketam masak pedas yang rasanya bole la tak best mana pun.
Bawah nie udang masak halia. Sedap sebab udang tue fresh.
Rasanya ikan nie la yang paling best sekali antara semua masakan yang di order.  Jenahak masak 3 rasa memang sedap dan ikan pun terasa sangat fresh.  Tapi gambar blur la pulak.
Terima kasih sangat-sangat pada rakan yang datang dari jauh untuk berbuka bersama.  Ok lain kali kalau datang Manjung saya belanja pulak makan seafood.

Buka Puasa di Hotel Quality, Shah Alam

Salam semua...
Nie cerita minggu lepas ke nak masuk dua minggu dah, bila ke Shah Alam untuk mesyuarat di Hotel Quality.  Kira sepanjang bulan Ramadhan tahun nie, nie kali pertama makan di luar.  Yang nie memang la kena makan kat hotel sebab penginapan yang disediakan di sini.
Hari pertama di sini, teruja tengok banyak sangat pilihan juadah dan kuih muih sampai tak tau nak ambil apa-apa.  Jadi memula ambil dim sum, murtabak, kambing panggang, buah-buahah dan teh tarik je.  Tapi lepas tue hahaha.... dengan kuey teow goreng, sup tulang, roti john dan apa lagi ye???  Tapi memang tak ambil pun nasi yang dihidangkan seperti beriani, nasi ayam dan nasi putih.  Kira diet la tue hehehe...
Ada pelbagai jenis kuih-kuih Melayu seperti di atas, tapi tak cuba satu pun masa berbuka di sini.
Dessert pun ada pelbagai jenis.  Ada banyak lagi station seperti nasi dan lauk pauk, nasi beriani, nasi ayam, goreng-gorengan makanan laut dan juga pisang cucur dll, sop gearbox, buah-buahan dengan jeruk dan macam-macam la.  Cuma tak ambil gambar sebab orang dah ramai jadi leceh la sikit.
Dim sum yang ada, tapi tak best sangat la macam buffet dim sum kat Hotel Quality, KL.
Kambing panggang yang dah tinggal tulang. Nie kambing yang kedua sebab masa hari pertama tue semua teruja nak rasa kambing golek nie.  Apa pun Alhamdulillah dengan nikmat makanan yang dirasai.

Friday, August 03, 2012

Doa Ku

Salam semua...
Ya Allah sesungguhnya hambaMu nie pasrah dengan segala ketentuanMu Ya Allah.  Semoga apa yang tersurat dan jugak tersirat membawa seribu rahmat dariMu.  Di bulan yang penuh berakah nie semoga apa yang diputuskan membawa sesuatu yang akan menyelesaikan segala kekusutan dan kegundahan hati selama ini. Amiinn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??