Salam semua...
Nie cerita minggu lepas ke nak masuk dua minggu dah, bila ke Shah Alam untuk mesyuarat di Hotel Quality. Kira sepanjang bulan Ramadhan tahun nie, nie kali pertama makan di luar. Yang nie memang la kena makan kat hotel sebab penginapan yang disediakan di sini.
Hari pertama di sini, teruja tengok banyak sangat pilihan juadah dan kuih muih sampai tak tau nak ambil apa-apa. Jadi memula ambil dim sum, murtabak, kambing panggang, buah-buahah dan teh tarik je. Tapi lepas tue hahaha.... dengan kuey teow goreng, sup tulang, roti john dan apa lagi ye??? Tapi memang tak ambil pun nasi yang dihidangkan seperti beriani, nasi ayam dan nasi putih. Kira diet la tue hehehe...Ada pelbagai jenis kuih-kuih Melayu seperti di atas, tapi tak cuba satu pun masa berbuka di sini.
Dessert pun ada pelbagai jenis. Ada banyak lagi station seperti nasi dan lauk pauk, nasi beriani, nasi ayam, goreng-gorengan makanan laut dan juga pisang cucur dll, sop gearbox, buah-buahan dengan jeruk dan macam-macam la. Cuma tak ambil gambar sebab orang dah ramai jadi leceh la sikit.
Dim sum yang ada, tapi tak best sangat la macam buffet dim sum kat Hotel Quality, KL.
Kambing panggang yang dah tinggal tulang. Nie kambing yang kedua sebab masa hari pertama tue semua teruja nak rasa kambing golek nie. Apa pun Alhamdulillah dengan nikmat makanan yang dirasai.
No comments:
Post a Comment