Friday, September 30, 2011

170 - Awie - Alif Ba Ta Duniaku

Salam semua...
Masa tengah drive balik dari sekolah dengar lagu nie berkumandang di radio, tau lagu nie Awie yang nyanyi tapi tak tau tajuk lagu.  Sampai rumah bila on kan komputer terus cari lagu nie kat youtube tapi tak jumpa sebab search dengan  nama Awie saja.  Cuba pulak mintak pertolongan dari pakcik Google dengan cari lirik lagu Awie baru la nampak tajuk lagu nie.  Huh... dapat pun layan la lagu 1999 nie kalau tak salah.
Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

( korus )
Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama

169 - Open House Di Bukit Mertajam

Salam semua...
Bulan Syawal dah pun berakhir dan semalam 29 September 2011 dah masuk bulan Zulkaedah dan jemaah haji dah pun mula berangkat ke tanah suci.  Bertuah mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.  Semoga giliran saya akan tiba dalam tahun-tahun terdekat ini.  Insyaallah... Amin...

Ok nie nak cerita tentang open house seorang sahabat di Bukit Mertajam.  Din dari tahun lepas lagi memang ajak untuk open house di rumahnya tapi tahun lepas tak berkesempatan hadir kerana ada hal lain.  Dan bila tarikh open house Din bertukar ke 24 September yang kebetulan free jadi tak de alasan untuk tidak pergi tahun nie.
Jadi jumpa dengan rakan-rakan di Kompleks Rakan Muda Kamunting dan konvoi dengan lima kereta ke rumah Din, sebab yang pernah ke rumah Din hanya la Mat dan Rosmie.  Tapi hanya Mat yang tau jalan jadi dia yang jadi ketua rombongan.  Din yang berbaju merah tersenyum ketika menyambut kedatangan kami semua.
 
Kami sampai lebih kurang pukul 1.30 petang dan terus dijamu dengan makan tengahari.  Din dan isteri yang memasak sendiri semua juadah. Dimulakan dengan makan nasi dengan kuah kari kepala ikan, rendang daging,   sayur, ulam-ulaman dengan sambal belacan dan ikan pekasam.  Wah memang best la hidangan yang disediakan.  Kenyang semuanya.
Duduk sembang-sembang dan bila pukul 4.00 petang dihidangkan pulak dengan laksa, bihun sup hitam, satay selain ketupat, lemang dan rendang.  Kuih-kuih raya memang ada sedia terhidang.  Memang tak rugi la datang jauh-jauh ke rumah Din untuk open house.  Memang kenyang dan istimewa makanan yang dihidangkan
Nie sebahagian rombongan yang ikut untuk open house Din dan keluarganya.  Masa nie Mazlan dan keluarga dah pun balik.  Terima kasih banyak-banyak untuk Din dan Zaha yang menjemput kami ke rumah untuk berhari raya.  Insyaallah kalau tahun depan ada undangan lagi akan cuba untuk hadir. Hehehe...

Thursday, September 29, 2011

168 - A Job Well Done

Salam semua...
Saja-saja nak puji diri sendiri sebab dah pun menyiapkan kerja-kerja memeriksa kertas peperiksaan pelajar dan sudah pun key-in markah dalam SAPS. Minggu nie punya la pulun untuk siapkan semua tue.  Pelajar pun dah tak sabar nak tahu markah mereka, bila jumpa asyik tanya tentang kertas exam mereka je.
Entah kenapa bila dah dekat last minute markah perlu dimasukkan baru la semangat dan kerajinan untuk menyiapkan kerja-kerja memeriksa datang.  Hehehe... Tambahan dengan soalan struktur dan esei yang perlu dibaca dan jawapan yang kadang-kadang mengecewakan menyebabkan semangat untuk memeriksa tue hilang.  Alasan je ke semua tue??  Tapi bila harapan kita tinggi dan jawapan dari pelajar tak memberangsangkan memang la semangat boleh hilang.

Apa pun untuk exam SPM yang dah tak lama lagi nie, diharapkan para pelajar dapat melakukan yang sebaiknya untuk kejayaan mereka juga.  Selalunya cikgu-cikgu tumpang gembira sahaja...

Tuesday, September 27, 2011

167 - Sibuk la...

Salam semua...
Kebelakangan nie rasanya berkejaran untuk menyiapkan kerja-kerja memeriksa kertas peperiksaan percubaan. Tinggal dua hari je lagi sebelum markah perlu dimasukkan ke dalam sistem.  Tinggal satu kelas (semua sekali empat kelas) sahaja lagi yang perlu diperiksa dan insyaallah esok rasanya boleh siap.
Sebab tue nak update blog pun ditangguhkan, walaupun tak banyak cerita tapi ada cerita tentang open house seorang rakan di Bukit Mertajam, Sabtu baru nie.  Ok akan start update bila selesai semua kerja.

Friday, September 23, 2011

166 - Cabutan Bertuah

Salam semua...
Dapat sms lebih kurang pukul 12.15 pm tadi berbunyi "Tahniah no member card anda terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah.. Sila datang ke Silver Haya Gallery untuk dapatkan hadiah anda pada jam 1 tengahari ini.. Terima kasih"  Jadi balik dari makan tengahari dengan Cik Nah terus ke Silver Haya Gallery untuk menuntut hadiah,  Teruja nak tau dapat hadiah apa untuk cabutan bertuah nie.
Sebelum hari raya yang lepas ada beli tudung Pearl Haya dan dari situ dah diberitahu akan ada cabutan bertuah untuk sesiapa yang membeli tudung.  Nie satu cara promosi yang dilakukan oleh As (yang comel sebelah kiri dalam gambar di atas) selaku tuan punya Silver Haya Gallery.  Sebab tue kedai menjual Pearl Haya nie sentiasa penuh dan stok-stok baru Pearl Haya sekejap je dah habis.
Untuk cabutan bertuah nie, dapat tudung P2-M berwarna merah dan brooch.  Alhamdulillah ada jugak hadiah yang diterima di hari Jumaat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??