Tuesday, July 25, 2017

Masih Di Sini...

Assalamualaikum wbt...
Hanya nak hidupkan semula blog nie yang dah lama terbiar sepi...

Monday, January 18, 2016

Hari Ini Yang Istimewa...

Salam semua...
Memang tersangat lama tak ke halaman ini... Masuk menziarah pun sangat jarang... Sejak akhir-akhir ini lebih berminat untuk upload gambar-gambar dengan instagram berbanding fb, apa tah lagi nak update blog yang memang dari dulu sesekali baru nak tulis sesuatu.
Sebenarnya hari nie tarikh 18 Januari sangat istimewa. Hari nie 12 tahun yang lalu emak pergi meninggalkan kami semua... masih teringat lagi hari itu.  Al Fatihah untuk arwah emak dan abah... Nanti la bila rajin mungkin boleh citer-citer di sini.

Tahun baru 2016 pun sudah 18 hari berlalu... Ok la nanti bila ada cerita dan yang paling penting ada kerajinan akan ku singgah lagi di sini

Monday, October 06, 2014

Homemade Good Luck Card

Salam semua...
Kad nie dah buat lama sebenarnya kalau tak silap awal tahun dalam bulan Mac lepas kot.  Kawan yang minta tolong buatkan untuk anak dia yang akan menghadapi SPM hujung tahun ini.  Baru-baru  nie dia minta untuk buat satu lagi kad good luck untuk anak dia sebab SPM dah tak lama dah kan.
Jenuh nak fikir nak buat macam mana pulak kad kali nie.  Dia minta kalau boleh gunakan colour yang striking dan colourful.  Ye la... kad nie macam tak ceria pun kan...
Ok nanti kalau dah siap akan tunjuk dalam blog nie insya Allah. 

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua...
Hari nie 10 Zulhijjah 1435 Hijriah, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qorban.  Nampaknya tahun nie raya di Manjung saja dan macam tak de sambutan pun sebab tak de pun masak ketupat atau rendang.  Sebab bila raya tanpa ketupat dan rendang nie macam tak berseri je tambah tak de sapa-sapa pun yang datang berhari raya bersama huhuhu...
Cuma masak mee kuah je untuk hari raya nie dan beli kek karamel dari jiran sebelah rumah. Semalam dah petang baru ke kedai untuk cari bahan-bahan untuk memasak, banyak benda yang dah habis jadi masak je la dengan apa yang ada.  Alhamdulillah.... ada jugak kawan yang berkunjung jadi hidang mee kuah nie je la... sebenarnya tak tau nak panggil mee rebus atau mee kari bila ditanya senang cakap je mee kuah sebab berkuahkan. 
Ok selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua...

Tuesday, September 30, 2014

Main Masak-masak

Salam semua...
Nie citer main masak-masak hari Ahad, 28 September 2014 baru nie tapi baru nak coret di dalam blog nie... hari Selasa dah pun.  Ye la bila dah lama tak menulis, susah sikit nak keluar idea.  Jadi kita mula dengan coret pasal masakan la.  Tak tau la pulak lepas nie 5 bulan lagi baru nak coret apa-apa lagi hehehe....

Adik yang bongsu datang ke rumah hari Ahad baru nie dan pagi tadi baru balik semula ke rumahnya di Kota Warisan sebab dia standby awal pagi esok, sebab tue balik awal katanya.  Hari Raya Aidil Adha nie dia tak cuti sama jugak masa Hari Raya Aidil Fitri kena kerja.  Jadi kononnya nak masak something special la... tapi special ke???
Menu biasa-biasa je, tapi akak pagi-pagi lagi dah ke dapur untuk masak-masak.  Jadi menu hari Ahad tue sambal ikan bilis dengan petai.  Petai nie beli minggu lepas lagi sampai 2 ikat sebab penjual di pasar Manjung tue jual murah RM3.00 untuk 2 ikat sebab dah nak kecut petai-petai tue.  Walau bagaimana pun rapat-rapat buahnya, tapi  rupa ada orang dalamnya, tue yang dia nak cepat habis stok.  Hrmmm...
Masak jugak ketam masak lemak cili apa.  Ingat nak letak nenas tapi malas pulak nak keluar beli...  Ketam nie pun beli minggu lepas di Kampung Sitiawan hehehe... masa beli tue ketam nie baru je naik dari bot nelayan dan tengah gerak-gerak lagi.

Mesti ada sayurkan jadi masak kacang buncis dengan capsicum goreng je.  Ok la tue nie kira banyak dah lauk pauknya.
Kemudian buat jugak sambal nie tak tau la nak nama apa.  Belajar buat dengan Belkies, dia panggil sambal medan. tapi tak la sesedap air tangan Belkies.  Bahan-bahannya cili merah, cili api, bawang merah dan putih, tomato dan belacan. Goreng bahan-bahan tue dan kemudian tumbuk dan perah limau.
Ok sambal tue untuk cicah dengan tempe dan jugak terung goreng.  Ada jugak timun tapi lupa nak ambil gambar.  Ok tue la menu yang disediakan hari Ahad baru nie.  Petang tue masak pulak rendang ayam dan rebus ketupat plastik.  Kesian pulak nanti raya Boboy tak cuti jadi tak dapat nak makan ketupat rendang.  Tapi lupa la nak ambil gambar ketupat dan rendang tue..... abis dah pun.
Alhamdulillah...  Moga tak sampai 5 bulan untuk entry seterusnya hehehe...

Saturday, September 27, 2014

Nak Buat Apa....

Salam semua...
Sakitnya hati, marah, sedih dan macam-macam lagi rasa bila kena tipu hidup-hidup. Memang dah syak tapi kena hadap jugak nampaknya... bila la nak berubah dan insaf.  Apa pun sentiasa doakan yang terbaik.

Monday, September 22, 2014

Salam semua...
Tiba-tiba buka blog dan teringin nak update blog yang dah lama ditinggalkan...

Thursday, February 20, 2014

Hujan Rahmat Di Bumi Manjung

Salam semua...
Setelah hampir dua bulan ehhh... ke sebulan lebih rasanya tak hujan, hari nie dengan lebatnya hujan turun. Alhamdulillah syukur sebab cuaca memang sangat panas sekarang.  Dalam pukul 3.00 petang tadi, dalam perjalanan ke SK Dato Ishak, Teluk Muruh, Lumut memang dah nampak langit mendung dan gelap seperti hujan akan turun.  Sebelum sampai di destinasi yang dituju hujan turun dengan lebatnya.
Tujuan ke SK Dato Ishak dengan beberapa orang rakan adalah untuk melihat tapak pameran untuk Program Karnival Profesor Turun Padang Perak 2014 yang akan berlangsung selama dua hari dari 21 - 22 Februari 2014.  KVSM diberi satu khemah untuk diadakan pameran promosi, inovasi dan jualan barang-barang dari School Enterprise.
Bila sampai di padang sekolah memang telah siap khemah-khemah pameran dan pentas tapi padang memang dipenuhi dengan air.  Macam mana la kalau esok bila program berlangsung hujan turun habis la barang-barang pameran.
Khemah di mana kereta Savvy parking tue la tapak pameran untuk KVSM.  Hrmmm... macam mana la besok kalau hujan tidak berhenti?
Setiap khemah disediakan 2 meja dan 4 kerusi. Selepas lihat khemah yang diperuntukan untuk KVSM maka nak buat apa pun tak boleh sebab hujan lebat sangat, jadi terus je balik semula ke kolej.  Semoga esok dan Sabtu hujan tidak selebat hari ini, jika tidak pasti program yang telah dirancang akan tergendala di sana sini.

Masa taip entry nie hujan turun dengan lebat di Manjung bermula dalam lebih kurang pukul 8.00 malam tadi dan masih lagi lebat sekarang.  Alhamdulillah... syukur ya Allah atas rahmat dan kurniaMu. Amin...

Tuesday, February 18, 2014

Hobi Baru - Handmade Birthday Card

Salam semua...
Masa zaman remaja dahulu satu hobi yang sekarang sudah sangat jarang dilakukan adalah mengumpul kad. Tambah sekarang ramai yang guna kad online atau maya sahaja jadi kad pun dah tak laku kot... Contoh kad birthday, get well, good luck dan apa saja kad yang gambar atau corak di hadapannya cantik dan menarik dipandangan mata dan kata-kata yang menarik di dalamnya akan dibeli dan simpan.  Jadi kad-kad dari syarikat seperti American Greetings, Hallmark dan lupa dah nama syarikat pengeluar kad yang famous dulu-dulu sering dicari bila ke supermarket.

Sekarang entah dekat mana la menghilangnya kad-kad tersebut.  Sebab suka sangat kad-kad nie,  tak dihantar pun kepada sesiapa, saja untuk simpanan sendiri saja.  Bila tak cukup duit untuk beli kad untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan maka bermulalah hobi membuat kad, dan satu lagi buat frame gambar.  Agak banyak frame yang dibuat dan semasa berpisah dengan rakan-rakan terutama semasa di ITM, Shah Alam frame gambar nie merupakan buah tangan untuk rakan-rakan sebagai tanda kenangan.  Kad pulak dibuat semasa sambutan harijadi dan Valentine's Day.  Zaman tue masih lagi zaman jahililliah, jadi sambutan untuk perayaan tue memang agak meriah. :mad::mad::mad:
Hujung tahun lepas masa blogwalking, terjumpa satu blog yang ambil upah buat kad.  Jadi tetiba je timbul minat untuk buat kad kembali.  Tambahan awal Januari adalah hari lahir yang dinanti-nanti.  So cuba-cuba untuk buat kad balik.  Siap pegi Daiso, Popular dan kedai-kedai kraftangan untuk cari bahan-bahan untuk buat kad nie.  Kertas dan fancy paper memang dah sedia ada sebab dari dulu memang selalu beli untuk kegunaan sendiri. Buka juga youtube dan google contoh-contoh handmade card.  Jadi yang atas berwarna biru nie la hasilnya.  Ok tak? Buat permula rasanya ok la kan.. sebab nie kad pertama selepas sekian lama tak buat kad, memang senget dan tak kemas sikit sana sini.
Bentuk love di belah depan tue ambil masa sikit sebab perlu disusun bintang-bintang kecil tue satu persatu. Belon-belon tue pulak jenuh jugak la kena tengok dua tiga kali cara nak lipat kertas. Dah lama tak buat kerja-kerja kraf tangan jadi memang dah keras tangan nie...  Ayat dalam kad ini tanya je kat pakcik google.  Jumpa yang menarik terus print dan tampal je.  Nak reka sendiri kata-kata rasanya tahun depan pun tak siap kot.

Ok yang nie pulak envelope untuk kad tersebut.  Pilih warna biru sebagai tema untuk kad sebab tau penerima memang minat dengan warna tersebut hehehe....  Harap penerima sudi la terima kad yang tak seberapa nie.  Dah bagi by hand je.

Tuesday, February 11, 2014

Romeo Jumpa Veterinar

Salam semua...
Antara pesanan dari kawan sebelum menyerahkan Romeo adalah jangan lupa hantar Romeo berjumpa dengan veterinar untuk dapatkan suntikan vaksin, sebab Romeo dah pun berumur 3 bulan dan belum dapat sebarang suntikan lagi.  Bila talipon pun perkara nie yang selalu ditanya.  Dah bawa jumpa vet ke?? 
Terus cari cat carrier di kedai supaya senang untuk bawa romeo nanti.  Adik kata bawa pakai kotak je, tapi sebab hari tue romeo boleh keluar dari carrier kawan jadi rasanya elok la beli je carrier nie sebab nanti nak guna jugak kan.  Cari di dua pet shop dan tak banyak pilihan sebab tak banyak pet shop kat Manjung... tapi bila dah masuk 3 bulan bela romeo baru tau ada beberapa pet shop yang selama nie tak tau pun kewujudannya. Iye la sebelum nie nak pegi pet shop buat apa tak de tujuankan. Tapi sekarang dah jadi antara kedai yang selalu singgah dan jadi favorite shop.
Gambar-gambar nie gambar lama, mula bawa romeo ke vet pada 24 Disember 2013 so peristiwa bermula dari tarikh tersebut. Dah lama gambar dan sedikit sebanyak entry telah diletak dalam draf tapi nak tunggu siap memakan masa, ada je halangan untuk siapkan entry. Haishhh...
Ok kita sambung balik, mula-mula romeo diperiksa dulu dengan melihat bulu, mata, telinga dan sebagainya.  Ok romeo sihat kata veterinar yang dijumpai.  Satu lagi dia kata romeo bole membesar lagi sebab tengok pada kaki dan tangan dia yang besar dan tegap itew.  Lepas tue terus cucuk romeo di belah belakang badan dia dan dipesan jangan mandikan dia selama seminggu.
3 Januari kena bawa Romeo sekali lagi untuk suntikan tapi kali nie untuk ubat cacing dan kutu pulak. Prosedur yang sama dijalankan macam suntikan vaksin kali pertama dulu.  
Romeo yang baru dikeluarkan dari carrier dia untuk dicucuk.  Diam je bila kena cucuk. Alololo... baik betul dia...
Bawah nie kucing yang sama umur dengan romeo yang dibawa untuk disuntik juga.
24 Januari 2014 sekali lagi bawa romeo untuk suntikan vaksin kali kedua, vaksin nie satu circle sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan sekali suntik.  Macam baby... kena suntik tiga kali kemudian baru la disuntik setahun sekali vaksin.
Kali ketiga sampai di sini, romeo tak nak keluar dari carrier dia, mungkin dah terbau ubat dan tau dia kena suntik kot. Jadi kena la keluarkan dia.
Suntikan vaksin kali kedua nie romeo ok je sebab balik rumah dia main-main dan lari sana sini.  Masa kali pertama, balik je dia tidur dan diam... bila malam baru dia main-main.  Ok saja la buat cerita romeo pergi jumpa veterinar sebab cerita sendiri tak banyak sangat yang nak dikongsi.  Orite nanti ada kerajinan akan bersambung semula blog nie. InsyaAllah. 

Tuesday, February 04, 2014

Penat Tau...

Salam semua...
Penatnya bila terpaksa menunggu dan menunggu.  Pergi sana nak uruskan nie kena tunggu, pegi sini nak uruskan tue pun kena tunggu jugak.  Penat tau bila kena tunggu selalu.  Tambah bengang bila orang yang datang kemudian sudah selesai tapi urusan kita masih lagi terkial-kial.  Bengang bertingket-tingket la jawabnya, tambah dengan tak makan lagi dan minta kebenaran keluar yang pada mulanya ingat sekejap je berlarut hingga berjam lamanya.
Tue yang jadi penat dan hati sayu je.  Hmmm... apa pun cuba jugak bersabar.  Sebab kadang-kadang bila kita bercerita atau bertanya lain pulak jadinya. Tak semua yang akan faham apa yang kita cuba sampaikan.  Sering terjadi salah faham yang membawa kepada sengketa. Sabar je la duhai hati....
OK apa pun think positive and always hope for the best... caiyok, caiyok...    

Wednesday, January 01, 2014

Tahun 2014

Salam semua....
Masa lalu adalah sejarah, 
hari ini adalah goresan,
 hari esok adalah harapan. 
Selamat datang tahun baru 2014.
Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. 
Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.
May each day of the coming year, be vibrant and new bringing along  many reasons for celebrations...


Sunday, December 22, 2013

Meet My Romeo

Salam semua...
Selama nie memang tak pernah terfikir akan menjadikan kucing sebagai pet kesayangan, bila sembang tentang haiwan peliharaan selalunya mesti cakap. kalau nak bela pun ikan je la. Alasannya sebab ikan tue duk diam dalam akuarium dan tak akan mengotorkan rumah walaupun mungkin akan leceh sikit penjagaannya. Pernah beberapa kali bela ikan... tapi tue la tak serasi kot, kejap je.  Abis macam mana tetiba je bole bela kucing... kawan pun siap tanya bila letak gambar kucing di instagram?
Inilah Romeo... yang dihadiahkan oleh seorang rakan yang berkunjung ke Manjung dan singgah di rumah baru-baru ini.  Comei.... kan...  Memang dia sekeluarga sangat-sangat sayang pada kucing dan ada beberapa ekor kucing.  Sebelum ini pernah berbual dan minta seekor kucing darinya.  Tak sangka pulak dia serius menghadiahkan kucing nie.  Alhamdulillah... apa lagi bila dapat je kucing. terus ke pet shop sebab rumah nie memang tidak ada apa pun barangan tentang kucing.

Mula-mula mesti la kena beli makanan, pasir, bekas potty dia, bekas makanan dan air. Sebelum nie cuma tau brand-brand yang selalu keluar tv untuk makanan kucing seperti Whiskas, Friskies... tapi rupanya ada macam-macam lagi brand yang tak pernah dengar pun selama nie.  Wah banyak jugak budget untuk bela kucing nie, sebab dulu bila arwah mak dan abah bela kucing kampung tak de apa pun budget. Makan bagi je nasi ngan ikan goreng atau rebus.  Kalau nak membuang, di pasir-pasir kat luar rumah je. Banyak lagi barangan yang kena beli tapi nanti la sebab bila birthday nanti dapat diskaun 15 peratus dari pet shop tue sebab dah pun jadi ahli.  Birthday tak lama dah bulan depan je...yeayyy...
Banyak kena belajar nampaknya, mandikan Romeo antaranya, kena beli hair dryer pulak sebab tak de hair dryer... jadi baru belajar basuh sikit je bila kaki Romeo kotor semalam.  Bila beli hair dryer baru la mandi satu badan Romeo sebab shampoo dan ubat kutu dah pun beli.  Kawan dah pun suruh untuk bawa Romeo ke veterinar esok untuk cucuk dan check up... Kena beli carrier kucing pulak untuk bawa Romeo ke vet.  Wah... macam jaga baby je... Kawan yang hadiahkan Romeo dah pun pesan kalau tak sanggup bela Romeo bagi tau dia nanti dia akan ambil balik.  Insyaallah sekarang dah mula sayang kat Romeo yang sangat manja itew..

Sunday, December 01, 2013

Disember Dah

Salam semua...
Dah nak habis pun 1 Disember (dah malamkan...), hari nie bermaksud bulan terakhir di tahun 2013 telah pun menunjukkan diri. Sekejap je masa berlalu.  Moga di akhir-akhir tahun 2013 ini ada berita gembira yang dibawanya.  Cuti sekolah dah pun bermula dua minggu dan rasa bosan mula terasa bila tak de rancangan dan kerja seperti cuti-cuti sebelum ini.  Apa pun hoping for the best.

Saturday, November 16, 2013

Bermula Cuti Yang Panjang



Salam semua...
Hari nie bermulalah cuti sekolah yang agak panjang, 6 Januari 2014 barulah sesi persekolahan yang baru akan bermula.  Ehh... nak tulis sekolah jugak ke?  Sebab dah 2 tahun sekolah telah pun dinaikkan taraf sebagai Kolej Vokasional dan KVSM adalah antara 15 KV rintis di Malaysia.  Tahun depan pelajar-pelajar batch pertama KV akan memasuki tahun ketiga dan bermula la program Diploma bagi mereka yang sebelum ini dikenali sebagai pelajar program Pra Diploma.
Sapa tak suka bila bercutikan... Yeayyy.. rasa nak melompat tinggi-tinggi bila cuti kali nie bermula sebab selama menjadi seorang guru, kali nie tidak ada komitmen untuk menjalankan kerja-kerja rutin semasa cuti sekolah yang telah dilakukan selama 16 tahun. Sangat-sangat legaaa... Alhamdulillah sampai terfikir ehhh... apa aktiviti nak buat dalam cuti hujung tahun yang panjang nie... Panjang la sangat kan... sebab pejam celik pejam celik tengok-tengok dah nak buka sekolah balik.  Selama 16 tahun, semasa cuti hujung tahun bergelut dengan mesyuarat dan pen-pen merah dan kertas-kertas jawapan pelajar.  Tahun nie tak de dah semua tue hehehe.... Rindu pulak nak jumpa kawan-kawan satu kumpulan...
 
Ok masih lagi memikirkan program cuti kali nie... antaranya bercadang nak belajar buat kek... hehehe... jadi atau buat ke tak, tak tau la... atau pegi makan kek kat Secret Receipe je... Lepas tue nak pegi jenjalan... tapi nak pegi mana ye sebab baru je balik dari HCM... nanti nak citer la serba sikit kalau ada masa dan kerajinan tentang nie.... Orite nanti sambung lagi ye... Jumpa lagi...

Tuesday, October 29, 2013

Perbaharui Passport

Salam semua...
Memang sudah sangat lama... jenguk blog pun sudah jarang dilakukan.  Sedangkan pada satu ketika dulu, itu la perkara pertama yang dilakukan bila on saja komputer dan ada talian internet.  Nampak sangat perubahan masa dan teknologi menyebabkan rasa keterujaan itu makin menipis.  Sekarang lebih senang ber whatsapp, Line, wechat dan medium sosial yang lain-lain. Facebook pun sudah makin dipinggirkan...

Ok la kalau nak tulis karangan "Kenapa saya sudah lama tidak update blog" macam-macam atau seribu satu alasan yang akan keluar.  Biar la... ada masa dan kerajinan akan cuba update juga supaya blog ini tidak berkubur begitu saja.  InsyaAllah.

Semalam ke Pejabat Imigresen Lumut untuk perbaharui passport yang sudah luput tarikhnya 18 Oktober yang lepas.  Nasib baik la Pejabat Imigresen nie di Lumut bukan di KL atau Putrajaya yang sentiasa sesak dan ramai orang, jadi tidak perlu tunggu terlalu lama. Tapi bila dah tidak ramai pelanggan lembab la pulak perkhidmatannya. Hrmmm... 
Peraturan untuk gambar passport pun semakin cerewet sekarang.  Antaranya tidak boleh bercermin mata, jika mahu senyum dalam gambar boleh, tapi tak boleh nampak gigi. Macam mana tue... sebab selalu nampak kamera je terus nampak gigi... Nasib baik ambil gambar kat Pejabat Imigresen je tak de la kena reject, sebab dengarnya ramai yang gambar passport mereka direject dan kena ambil semula.
 Passport baru 2 mukasurat digunakan tapi dah kena buat baru. Tue la sebab jarang ke luar negara jadi terpaksa la renew bila dah expired. Kali nie buat untuk 5 tahun terus senang.
Nasib baik Pejabat Imigresen nie dekat je jadi passport yang dah siap pagi nie baru ambil. Ada beberapa ciri-ciri baru dalam passport kali nie.  Pemberitahuan melalui email dari Jabatan Pendaftaran Negara pun dapat menyatakan kita ada melakukan pembahruan maklumat peribadi.  Ok semakin baik perkhidmatan sekarang dan moga akan lebih cekap dan cemerlang.

Jom kita pergi bercuti... Yeayyy...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??