Bertemu lagi di hari Isnin. Ada yang bila tiba hari Isnin mula la kena Monday blues... rasa nak cepat, cepat hari Jumaat dan berhujung minggu. Iye la sapa yang tak suka bercutikan, tapi hari Isnin tetap perlu kita lalui. Sebab itu la kita perlu menyukai dan mencintai kerja kita supaya di hari Ahad itu kita tak sabar-sabar untuk memulakan kerja selepas berehat dan berhujung minggu (ada ke orang yang macam tue??). Insyaallah memang ada orangnya. Kita mendapat rezeki dan makan pakai kita semua dari kerja-kerja kita sebab itu memang perlu kita menyukainya.
Ok rasanya mulai sekarang bila update blog akan letak satu atau dua kata-kata hikmah untuk tatapan bersama sebagai panduan. Sekarang nie memang senang nak dapat kata-kata hikmah, motivasi dan sebagainya di fb. Jadi cilok dari sana la ye... hehehe... minta kebenaran nie...
No comments:
Post a Comment