Salam semua...
Hari nie dah Rabu dan walaupun cuti telah bermula tapi perlu ke sekolah untuk satu perbincangan tentang program bila buka sekolah nanti. Pelajar tingkatan 5 memang la seperti biasa je persekolahan mereka tetapi untuk pelajar KV mereka akan menghadapi semester pendek, jadi perlu la dibuat perancangan apa programnya. Selesai perbincangan isi markah dan hantar kertas jawapan pelajar sebab hari nie hari akhir untuk semua tue. Rupanya saya antara yang terakhir hantar dan isi markah tapi sib baik bukan last hehehe....
Selesai urusan di sekolah pegi ke Pejabat Tanah pulak untuk bayar cukai tanah, nie pun last minute jugak sebab 31 Mei nie last bayar kalau tak kena denda. Hehehe... memang suka betul keje last, last nie. Alhamdulillah selesai urusan, apa lagi jalan-jalan la. Tapi kat Manjung nie bukan ada apa sangat nak window shopping, jadi round Sitiawan sebab dengarnya tak lama lagi Domino Pizza dah nak buka... wah bestnya sebelum nie kalau nak makan pizza pergi Pizza Hut je, tapi tak lama lagi ada pilihan. Best, best...
Ohhh.. nie sebenarnya nak cerita tentang makan tengahari tadi di Sushi King tapi dah melalut cerita tentang benda-benda lain. Bila masuk ke dalam Sushi King nie tak ramai orang pun ada dua meja je yang ada pelanggan lain kosong. Jadi seperti biasa order Takoyaki dan kali nie try set menu iaitu Piri Piri Chicken. Tak makan sushi pun kali nie, tengok je sushi-sushi tue berpusing-pusing dan memanggil-manggil suruh rasa.
Nie la set Piri Piri Chicken yang berharga RM 16.90. Ada 5 hidangan dalam set nie
Yang atas nie pulak miso soup, bole la tapi tak berapa suka jugak rasanya. Kemudian dalam set Piri Piri Chicken nie ada nasi dan juga minuman Yakult, tapi dua nie tak ambil pulak gambar dekat2 sebab biasa je la kan. Makan hidangan set nie dulu jadi takoyaki yang diorder tue minta bungkus je sebab dah kenyang sangat. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment