Tuesday, October 29, 2013

Perbaharui Passport

Salam semua...
Memang sudah sangat lama... jenguk blog pun sudah jarang dilakukan.  Sedangkan pada satu ketika dulu, itu la perkara pertama yang dilakukan bila on saja komputer dan ada talian internet.  Nampak sangat perubahan masa dan teknologi menyebabkan rasa keterujaan itu makin menipis.  Sekarang lebih senang ber whatsapp, Line, wechat dan medium sosial yang lain-lain. Facebook pun sudah makin dipinggirkan...

Ok la kalau nak tulis karangan "Kenapa saya sudah lama tidak update blog" macam-macam atau seribu satu alasan yang akan keluar.  Biar la... ada masa dan kerajinan akan cuba update juga supaya blog ini tidak berkubur begitu saja.  InsyaAllah.

Semalam ke Pejabat Imigresen Lumut untuk perbaharui passport yang sudah luput tarikhnya 18 Oktober yang lepas.  Nasib baik la Pejabat Imigresen nie di Lumut bukan di KL atau Putrajaya yang sentiasa sesak dan ramai orang, jadi tidak perlu tunggu terlalu lama. Tapi bila dah tidak ramai pelanggan lembab la pulak perkhidmatannya. Hrmmm... 
Peraturan untuk gambar passport pun semakin cerewet sekarang.  Antaranya tidak boleh bercermin mata, jika mahu senyum dalam gambar boleh, tapi tak boleh nampak gigi. Macam mana tue... sebab selalu nampak kamera je terus nampak gigi... Nasib baik ambil gambar kat Pejabat Imigresen je tak de la kena reject, sebab dengarnya ramai yang gambar passport mereka direject dan kena ambil semula.
 Passport baru 2 mukasurat digunakan tapi dah kena buat baru. Tue la sebab jarang ke luar negara jadi terpaksa la renew bila dah expired. Kali nie buat untuk 5 tahun terus senang.
Nasib baik Pejabat Imigresen nie dekat je jadi passport yang dah siap pagi nie baru ambil. Ada beberapa ciri-ciri baru dalam passport kali nie.  Pemberitahuan melalui email dari Jabatan Pendaftaran Negara pun dapat menyatakan kita ada melakukan pembahruan maklumat peribadi.  Ok semakin baik perkhidmatan sekarang dan moga akan lebih cekap dan cemerlang.

Jom kita pergi bercuti... Yeayyy...





Tuesday, August 20, 2013

Coretan Masih Lagi Diteruskan...

Salam semua...
Baru nie bila jumpa dengan Kak Cah dia tanya, ehh... kenapa dah lama tak update blog?  Wah... tak sangka ada follower jugak blog saya nie walaupun mungkin Kak Cah je la sorang hahaha.... suka suka suka... terus bersemangat nak update.
Sebelum nie memang la dah ada dua ke tiga blog yang telah pun berkubur.  Blog nie akan cuba jugak untuk tidak mengalami nasib yang sama insyaallah.  Jadi sebagai permulaan sebelum datangnya mood rajin untuk berblog buat la entry penaik semangat nie dulu hehehe...

Tuesday, July 02, 2013

Hmmm... Lamanya

Salam semua...
Lama tak updatekan... Ada cerita dan kisah yang hendak dibicarakan tapi kekangan masa dan keadaan melarang semua tue... Ok lepas nie akan cuba cari masa untuk update semula blog yang lama diabai dan ditinggalkan nie

Sunday, April 28, 2013

Kenapa dan Mengapa...

Salam semua...
JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA ALLAH MEMBERI SESUATU UJIAN itu kepada KITA, Kerana, DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG DITENTUKANNYA.
JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA NIKMAT itu TIDAK DAPAT kepada KITA,
 Kerana DIA LEBIH MEMAHAMI KEPERLUAN dari KEHENDAK DIRI KITA.

tetapi, TANYALAH,

KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR MENERIMA SESUATU dengan IKHLASNYA, 
KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT yang DIBERI oleh DIA, KENAPA dan MENGAPA kita SELALU BERSANGKA BURUK dengan PENCIPTA KITA, 
KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA MELAKUKAN APA yang DILARANG-NYA

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakanNYA... Kadang-kadang kebaikan itu terselindung disebalik ujian tersebut..

Saturday, April 27, 2013

Tampal Dan Scaling Gigi

Salam semua...
Pagi nie pergi ke dentist untuk tampal gigi yang dah 2 ke 3 kali (atau lebih... lupa dah...) tercabut tampalannya. Dah dekat 3 minggu tampalan tue tercabut dan baru hari ini ada kesempatan dan kerajinan untuk ke klinik gigi.  Hahaha... dah tua-tua nie pun ada jugak rasa takut untuk bertemu dentist. Belum buka klinik tue lagi dah tunggu depan pintu untuk dapatkan nombor.  Alhamdulillah dapat nombor 2.  Ada dua orang yang lebih awal dari saya tunggu di depan klinik tue. Sorang dah buat appointment jadi dia tak perlu ambil nombor. Tak lama menunggu dalam 15 minit saya dipanggil untuk bertemu dentist, doktor gigi nie memang ramah dan lemah lembut orangnya.  Hilang rasa takut dan sebagainya.  Nasib baik gigi saya masih dapat diselamatkan dan ditampal kembali lubang tersebut.  Masa duduk di kerusi tue rasanya keras je badan bila mulut dinganga untuk diperiksa dan dibuat apa yang patut.

Ambil peluang untuk buat scaling gigi sekali selain menampal gigi yang berlubang tue.  Haishh... ada satu lagi lubang, nampaknya kena datang ke klinik gigi sekali lagi dalam masa terdekat nie.  Sayang jika gigi terpaksa dicabut, jadi jika masih dapat diselamatkan gigi tersebut elok la selamatkan.  Ngilu je bila buat scaling nie. Terutama bila dia nak buang plak-plak yang ada di celah-celah gigi (tengok lukisan kat bawah nie ambil dari pakcik google je).  Tahan je la... bila dah siap doktor akan suruh kumur-kumur masa tue nampak air yang dikumur pun berwarna merah, maksudnya berdarah jugak la dalam proses nak buang plak tue yang ngilu je...
Bila selesai semuanya, gigi rasa bersih je dan sangat best.  Sebab baru tampal gigi nak makan pun takut, takut tercabut tampalan atau pecah.  Makan benda-benda lembut je la sehari dua nie.  Minggu depan kena cari masa untuk ke klinik gigi sekali lagi untuk tampal satu lagi gigi yang berlubang.  Tadi suruh doktor tampal kedua-duanya, dia kata elok tampal di lain hari sebab nanti susah nak makan.  Hhrmmm...

Apa pun sentiasa redha dengan ketetapan yang telah ditentukan olehNYA.  Moga apa yang dilakukan dan pertolongan yang diberi, dilakukan dengan ikhlas insyaallah.  Rasa sedih dan kecewa pulak bila apa yang telah dilakukan dipertikaikan, sedangkan kita bersusah payah dan menolak kepentingan diri untuk melakukan pertolongan tersebut.  Luahan hati terhadap apa yang berlaku pagi tadi.  Bukan meroyan ke apa saja je nak cerita di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??